Biasa tahu makan tapi langsung tak tahu buat. Hah, apa kata kali ini cuba buat sendiri. Serius resepi Biskut Popiah Nestum ini tersangatlah mudah!
Bahan-bahan
- 1 Cawan Nestum
- 1 Cawan Horlicks
- 1 Cawan Gula
- Kulit Popiah
Cara membuatnya
1. Gulung kulit popiah satu per satu
2. Potong kepada beberapa bahagian
3. Kemudian goreng kulit popiah yang telah menjadi gulung-gulung kecil tadi.
4. Tos dan biarkan sejuk seketika.
5. Kisar kering nestum, horlicks dan gula.
6. Gaulkan kulit popiah dengan bahan-bahan yang dikisar.
7. Siap untuk dihidang.
*Resepi daripada Puan Nuraini Mohd Razali