1. Cecil Delevigne – @cecildelevingne
Akaun yang telah memuatnaik gambar pertamanya pada 15 May 2014 ini adalah milik arnab peliharaan supermodel terkenal Cara Delevigne dan sehingga kini sudah mempunyai 107, 628 pengikut di Instagram.
2. Choupette Lagerfeld – @choupettesdiary
Mana -mana kucing pun tentu akan cemburu dengan kucing yang menjadi kesayangan Karl Lagerfeld, ketua pereka dan pengarah kreatif jenama mewah Chanel ini. Dimewahkan dengan kehidupan yang serba ada , kucing ini juga telah tampil beberapa kali di majalah-majalah fesyen high-end dan telah mengembara ke merata dunia dengan menaiki jet peribadi. Wah, jangankan kucing, kami pun cemburu.
3. Grumpy Cat – @realgrumpycat
Nama Grumpy Cat memang tidak asing lagi di kalangan peminat kucing. Kucing berwajah perengus pernah muncul di kaca TV dalam rancangan American Idol sebagai tetamu VIP. Memang kelasss …
4. Bean – @beanthebunn
Anda tentu geram dan geli hati melihat telatah arnab putih ini menikmati sushi, biskut , menonton Tv dan pelbagai lagi di akaun Instagramnya. Lagak dah macam manusia.
5. Pudge – @pudgethecat
Tinggal di Minneapolis, Amerika Syarikat, Kucing yang lahir pada 5 Julai 2010 juga pernah menjadi model untuk Lucky Magazine. Malah tuan kepada si comel ini juga membantu mengumpul dana untuk membuka cafe kucing pertama di Amerika dan pusat pemeliharaan kucing di Oakland.
6. Miss Zoe dan Mr. Bailey – @_unlikelyfriends
Pasangan kucing dan anjing ini telah membuktikan bahawa peribahasa melayu “seperti anjing dengan kucing” mungkin sudah tidak relevan lagi. Masakan tidak , melalui akaun dengan jumlah pengikut 31, 089 ini anda akan dapat lihat keakraban dua sahabat ini yang betul-betul mencuit hati.
7. Venus- @venustwofacecat
Wajah kucing ini bukan di photoshop sebaliknya memang asli begini. Keunikan kucing ini bukan sahaja menarik ribuan follower di Instagram, Facebook dan Youtube malah turut membuatkan pasukan National Geographic tertarik untuk membuat kajian ke atas genetik kucing yang ternyata memang rare
8. Sam- @samhaseyebrows
Sesiapa pun akan jatuh cinta dengan kecomelan kucing berkening ini. Kalau muka risau selalunya akan bawa aura negatif kepada kita, berbeza pula dengan si manja ini.