Global Firework (GFP) telah menerbitkan senarai kedudukan 106 negara berdasarkan sudut kekuatan ketenteraan. Kedudukan yang dicatatkan pada 3 April 2014 ini tidakmengambil kira jumlah kekuatan nuklear tetapi hanya berdasarkan potensi dan keupayaan peperangan secara konvensional di darat, air dan udara setiap negara. Nilai lain yang diambil kira termasuklah sumber, kewangan dan geografi. Kesimpulanya nilai ukuran yang digunakan dikenali sebagai “Power Index” (PwrIndx).
Untuk pengetahuan anda, negara kita Malaysia berada di kedudukan ke- 38 dan negara Israel yang sedang dikecam hebat kerana tindakan menindas bumi Palestine yang masih tidak berkesudahan berada di tangga ke – 11 dan tentunya ketenteraan Palestin tidak termasuk dalam senarai 106 buah negara ini.
Berikut adalah negara yang disenaraikan sebagai 10 teratas.
10 . Jepun (PwrIndx = 0.5581)
9. Korea Selatan (PwrIndx = 0.5536)
8. Turki (PwrIndx = 0.5171)
7. Jerman (PwrIndx = 0.4899)
6. Perancis (PwrIndx = 0.4706)
5. United Kingdom (PwrIndx = 0.3923)
4. India = (PwrIndx = 0.3872)
3. China = (PwrIndx = 0.2594)
2. Rusia = (PwrIndx = 0.2355)
1. Amerika Syarikat (PwrIndx = 0.2208)