Pelakon Kristen Stewart tampak segar dengan potongan rambut pendek berwarna cooper. Pelakon berusia 24 tahun itu muncul dengan imej baru ketika menghadiri Chanel Paris Fashion Week – Haute Couture Fall/Winter 2014-2015 pada Selasa kelmarin.
Kristen yang sebelum ini dengan rambut ikal mayang coklat difahamkan memotong rambutnya 1 jam sebelum fashion show bermula dan memberitahu pemberita: ‘I feel free.‘ Ternyata Kristen menyenangi dan selesa dengan potongan rambut pendek sebegini.
Bukan itu sahaja, potongan rambut pendek itu bersesuaian dengan pemilihan outfit Kristen yang serba putih, Kristen mengenakan celana bersama knitted white crop top yang dipadankan dengan tumit tinggi juga dari rona putih. Dilehernya dilengkapkan lagi dengan rantai perak yang agak dramatik.
Wanista sukakan rambut baru Kristen. Anda pula bagaimana?