Mungkin anda terkejut tatkala membaca tajuk artikel ini kan? Umat Islam di Sheepshead Bay, Brooklyn telah menjadikan sebuah restoran Burger King yang kosong sebagai masjid di kawasan itu. Sebenarnya masjid di kawasan itu masih lagi di dalam proses pembinaan dan mereka mengambil keputusan untuk menggunakan ruang restoran yang kosong itu sebagai pusat ibadah sempena Ramadan ini. Brooklyn mempunyai komuniti Muslim yang cukup besar. Namun tidak ada masjid yang mampu menampung mereka untuk melakukan solat berjamaah sepanjang Ramadan. Untuk itu, komuniti muslim Brooklyn menyewa restoran Burger King kosong itu.
Menurut laporan portal NYDailyNews , ada pihak yang mengadu mengenai keadaan trafik di kawasan itu yang semakin teruk dan ada sebahagian protes menjadi protes anti Islam. Persatuan Islam Di Amerika juga terpaksa membuat keputusan untuk membina masjid yang lebih kecil kepada bangunan 3 tingkat dan menang dalam tuntutan mahkamah yang cuba untuk menghalang pembinaan masjid itu.