Berikutan kes seorang remaja OKU dikurung oleh ibunya dan ditemui dalam keadaan kurus-kering dan menyayat hati (Baca selanjutnya di sini) ramai yang telah bertindak mengecam tindakan ibu remaja berkenaan yang dianggap kejam . Kes tersebut juga telah mendapat perhatian beberapa selebriti di laman sosial dan antaranya, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah. yang telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram.
Wardina secara lantangnya menyalahkan kerajaan atas kejadian yang telah berlaku malah membandingkan pentadbiran kerajaan kita dengan Australia. Namun nampaknya pendapat Wardina tersebut telah menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak dan akhirnya ramai yang telah membidas kenyataannya, yang kami kira lebih bernas dari pendapat beremosi Wardina.
Antaranya layangan surat dari seorang pengirim misteri
Selain itu pihak MHS juga telah mengutuk keras kenyataan pengacara tersebut.
Tak kurang juga oleh netizen di Facebook.
Tulisan pedas Wardina itu juga telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul yang turut membidas kenyataan tersebut. Ini kenyataan balas dari Rohani yang dipetik dari portal berita Malaysia Gazette,
Kenapa Wardina kata kerajaan yang salah? Kata kami yang mengabaikan.“Beritahu Wardina, kerajaan yang jumpa adik Firdaus. Jabatan Imigresen dan semua yang sedang bantu ketika ini adalah kerajaan.”
Tambah Rohani lagi, pihaknya tidak menyedari kes Muhammad Firdaus kerana tidak dimaklumkan oleh jiran yang tinggal berdekatan. Beliau juga turut menjelaskan bahawa ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM3, 000 dan memiliki anak OKU, mereka layak mendapat bantuan RM150 sebulan.
Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia. (sumber dari Harian Metro)
“Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar.
Ini bukan pertama kali selebriti bertudung ini mencetuskan kontroversi sebegini. Sebelum ini Wardina pernah mempertikaikan kesahihan hadis yang disampaikan oleh Ustaz Don, dan ya kalau ditanya pendapat pendapat peribadi penulis juga, kenyataan oleh Wardina tersebut adalah kurang relevan, cetek dan agak melulu. Bagaimana dengan anda? Bersetuju dengan Wardina?
Kami kongsikan juga beberapa pendapat awam di Twitter.