Menurut laporan Astro Awani, dua pembantu rumah pasangan Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram Ramli telah dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini kerana mencuri wang milik suami pelakon itu sebuah rumah di Ampang Jaya.
Majistret Zulyana Zolkapli membuat keputusan itu selepas kedua-dua warga Indonesia itu, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan telah memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 13 Mac lepas.
Mereka didakwa mencuri matawang rupiah dan wang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya, di sini pada 9.45 malam, 12 Mac lepas dan telah didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.