Tahniah buat pelakon kacak Aaron Aziz kerana berjaya merangkul kembali anugerah Bintang Paling Popular 2013 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 pada Sabtu lalu. Walaubagaimanapun, pelakon Zed Zaidi dilihat sekali lagi mempertikaikan kemenangan Aaron dengan memuat naik status di Twitter yang berbaur agak sensitif walaupun tidak ditujukan kepada sesiapa.
Ternyata Zed Zaidi masih lagi menyimpan rasa tidak puas hati apabila dia sekali lagi mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Twitter Zed Zaidi semalam, seolah-oleh merujuk kepada perkara itu. Terdahulu, pelakon ini pernah mempertikaikan kemenangan pelakon kelahiran Singapura itu atas kemenangan yang sama pada ABPBH 2011.
Hai, entahlah! Kalau itu pilihan peminat industri seni di Malaysia, rasanya Zed Zaidi patut menerimanya secara positif dan terbuka.