Peraduan Red Bull ‘Malaysia 1 + Extra Boost’, bagaimana mahu menyertainya?
Penganjur dan Kelayakan Peserta
1. Peraduan Red Bull Malaysia ‘Peraduan I+ Extra Boost’ ini dianjurkan oleh Allexcel Trading Sdn. Bhd.
2. Peraduan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia, memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah, dan berumur 18 tahun ke atas.
Tempoh Peraduan
Peraduan ini berlangsung dari 1 Mei 2014 dan berakhir pada 30 Jun 2014. Tempoh Peraduan tersebut adalah selama 61 hari. Semua penyertaan yang dihantar selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima.
Cara-cara Menyertai Peraduan
a) Semenanjung Malaysia
- Beli mana-mana satu 1 tin produk Red Bull Malaysia.
- Peserta perlu membeli mana-mana 1 tin produk Red Bull Malaysia di mana-mana kedai dan menyimpan penyentap tin atau penutup botol sebagai bukti pembelian. Satu bukti pembelian melayakkan Peserta untuk satu penyertaan peraduan sahaja.
- Hantar borang peraduan yang lengkap kepada: PO. Box 8878, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
b) Sabah & Sarawak
- Beli mana-mana satu 1 tin atau botol produk Red Bull Malaysia
- Peserta perlu membeli mana-mana 1 tin atau botol produk Red Bull Malaysia di mana-mana kedai dan menyimpan penyentap tin atau penutup botol sebagai bukti pembelian. Satu bukti pembelian melayakkan peserta untuk satu penyertaan peraduan sahaja.
- Hantar borang peraduan yang lengkap kepada: Peti Surat A253, Pejabat Pos Kenyalang Park, 93307, Kuching, Sarawak atau PO. Box No. 14474, 88851 Kota Kinabalu, Sabah.
Hanya penyertaan sah yang dihantar kepada Penganjur dalam Tempoh Peraduan sahaja yang layak dan akan diterima. Penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi penyertaan yang tidak lengkap atau penyertaan yang tidak diterima sewaktu Tempoh Peraduan.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke http://www.redbull.com.my/extraboost/index.php?lang=ms
Layari laman Facebook Redbull Malaysia https://www.facebook.com/