Tidak pasti sports bra yang mana sesuai untuk aktiviti sukan anda? Kalau anda sedang mencari sports bra, kami ada sedikit sebanyak panduan untuk memilih bra yang sesuai untuk anda.
Mengukur lilitan dada dan lilitan buah dada secara selari
Ambil ukuran panjang lilit di bawah buah dada dalam ukuran Inchi dan tambahkan jumlah tersebut dengan lagi 5 inci. Kemudian ambil ukuran di buah dada yang paling maksimum dan pastikan ukuran diambil dengan selari.
Pilih jenis sports bra yang bersesuaian dengan anda
Pilih warna yang tidak terang
Sports bra yang berwarna gelap akan kelihatan ketara di baju apabila anda berpeluh. Pilih warna yang lembut serta tidak terlampau bercorak sehingga boleh nampak di baju. Ini adalah penting untuk mereka yang ingin kelihatan sederhana dalam pemakaian. Pastikan anda tidak memakai baju yang tebal di bahagian luar untuk mengelakkan panas.
Pad
Fungi utama pad adalah untuk mengelakkan kesan jarang, memberi sokongan dan membuatkan buah dada kelihatan besar bagi mereka yang mempunyai buah dada yang kecil.
Pelbagai reka bentuk sports bra dan jenis tali bra di bahu
Pilih tali bra yang mempunyai lebar yang besar untuk mengurangkan tekanan pada bahagian bahu semasa bersukan. Mereka yang memiliki saiz buah dada yang besar, anda digalakkan memilih tali yang bersaiz besar dan lebar bagi menyokong buah dada anda dengan baik. Terdapat pelbagai rekaan dan jenis tali yang terdapat di pasaran. Terdapat juga tali yang boleh di ubah suai mengikut kesesuaian anda (adjustable straps).
Mengenal pasti jenis senaman bagi mendapatkan sports bra yang betul
Terdapat reka bentuk untuk memberi sokongan yang berbeza. Anda digalakkan memakai bra “Shock Absorber” di mana dengan pemakaian bra ini buah dada anda tidak akan bergoyang semasa melakukan aktiviti sukan lasak seperti Aerobik dan mangakibatkan ketidak selesaan. Bra “Less/No Bounce” pula membantu anda bersukan dengan penuh keyakinan dan sesuai untuk sukan impak rendah dan sederhana.
Regangan di bahagian bawah dada
Pastikan anda tidak memilih ‘band’ yang terlalu ketat sehingga mengganggu pernafasan. Pilihlah ketegangan band yang selesa untuk anda. Terdapat band yang kelebarannya besar dan ada juga yang kecil.
Pemilihan jenis fabrik
Fabric over fashion! Pilih jenis fabrik yang memberi tekanan (compression) agar dada anda tidak bergerak semasa melakukan sukan lasak dan pastikan ianya selesa di pakai.
Penggunaan bra besi
Walaupun majoriti pemain sukan menyukai sports bra yang tiada sokongan besi kerana ianya lebih selamat dan selesa, terdapat juga sesetengah wanita yang selesa memakai sports bra yang mempunyai sokongan besi. Ianya bergantung kepada pilihan dan keselesaan masing-masing kerana ada yang mendapati sokongan besi lebih kuat kepada buah dada semasa bergerak ketika bersukan.