Minuman kesihatan Horlicks® kini diperkaya dengan campuran mikronutrien bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Minuman malt Horlicks® Chocolate membekalkan kanak-kanak 23 zat penting termasuk kalsium, protein dan multivitamin untuk menyokong keperluan tumbesaran dan perkembangan menyeluruh mereka.
Penekanan dalam menghasilkan minuman yang padat dengan khasiat lahir daripada penyelidikan yang menunjukkan bahawa terdapat jurang pemakanan yang besar di kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan 13.2% kurang berat badan dan 15.8% menunjukkan tumbesaran yang terbantut. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti tidak mengambil sarapan pagi, kerap mengambil makanan ringan dan makanan segera, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini pula berkaitan dengan kekurangan mikronutrien seperti zat besi, iodin, vitamin A dan vitamin D yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.
Sejak diperkenalkan di seluruh dunia lebih 100 tahun lalu, Horlicks® telah mengekalkan kedudukannya sebagai produk yang berkualiti dan berkhasiat yang membantu kesihatan seisi keluarga. Jenama ini dipercayai para ibu yang arif sejak bergenerasi, hubungan yang telah dipupuk oleh jenama ini menerusi penambahbaikan ketara rumusannya selama ini. Hari ini, formula Horlicks® boleh membantu menangani ‘hidden hunger’ (kelaparan tersembunyi), isu pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien, yang masih wujud di kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Pelancaran Horlicks® Chocolate juga memulakan siri jelajah yang melibatkan keluarga dalam aktiviti yang menyeronokkan, serta Trak Bergerak Horlicks® yang menawarkan sampel percuma yang akan berhenti di pusat membeli-belah terpilih dan lokasi lain yang bertrafik tinggi di seluruh Malaysia.
Dapatkan Horlicks® Chocolate baru di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit dalam pek 200g (RM6.50), 400g (RM10.50), 1kg (RM21.50) dan 2kg (RM42.00) atau dalam uncang 3 dalam 1 (RM10.50) untuk kemudahan.
Untuk maklumat lanjut tentang Horlicks®, sila layari www.gsk.com.my atau hubungi hotline pengguna 1-800-88-3225.