Kali pertama penulis mendengar jenama JOHO ini sekitar akhir tahun 2011 semasa menghadiri satu acara di Johor Bahru dan kini selepas tiga tahun ia terus berkembang ke seluruh pelusuk tanahair. JOHO merupakan salah satu jenama indie tempatan yang dicipta dari visi yang memberi tumpuan kepada menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang berpusat di Johor dan telah mendapat perhatian di seluruh negara. Berikut adalah beberapa info mengenai jenama tempatan JOHO yang mungkin anda perlu ketahui.
1. Ianya ditubuhkan pada tahun 2009 dengan slogan ‘Love, Trust, Respect’ ( Sayang, Amanah , Hormat ) dan kini JOHO menawarkan pelbagai produk bukan sahaja pakaian, malah aksesori dan perkhidmatan yang diusahakan oleh JOHO Event dan Agensi Kreatif JOHO , yang terdiri daripada acara, reka bentuk grafik dan dalaman, gambar dan video.
2. Pakaian jenama JOHO pula ada untuk lelaki dan wanita termasuklah kanak-kanak yang terdiri daripada baju cetakan grafik, hoodies, topi dan baju streetwear yang bergaya dan ianya buatan tempatan sepenuhnya yang boleh dibeli di www.joho.my
3. Terdapat juga kelab pemuda JOHO Club dan JOHO Concept Store, yang memberi tumpuan kepada jualan produk. Kelompok sasaran mereka adalah anak-anak muda dan mereka yang inginkan produk yang kreatif. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JOHO Azrafe Zaky Abd Rahman, 33, JOHO meletakkan kualiti dan komuniti di tempat pertama dalam segala yang mereka lakukan. Dengan berbuat demikian , JOHO akan memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan meluaskan perniagaan dengan lebih jauh.
4. JOHO diuruskan oleh USS Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut dan untuk melayari kedai online , sila layari www.joho.my ataupun laman FACEBOOK JOHO