Berbanding tahun lalu, fesyen karpet merah selebriti di majlis Met Gala 2014 tahun ini nyata lebih meriah dan tidak mengecewakan. Fesyen. Dengan dress code formal, rata-rata selebriti yang melalui karpet merah tampil dengan penampilan anggun ,classy dan memukau.
Sesuai dengan status majlis, kebanyakan selebriti yang menyarungkan busana daripada pelbagai rumah fesyen dilihat menggayakan dress berpotongan high slit ( Kim Kardashian dan Emma Stone dan Anne Hathaway misalnya), long train (Taylor Swift, Donatella Versace) , mermaid (Kendall Jerner dan Dita Von Teese). Malah ramai juga yang hadir dengan gaya yang lebih minimalis dan ringkas namun masih nampak anggun dan chic.
Bertemakan The Charles James: Beyond Fashion, pilihan fesyen gaun kembang atau voluminous gown 12 selebiriti ini menjadi pilihan kami untuk majlis ini.