Nokia telah mengeluarkan telefon pintar yang bersaiz 6-inci di Malaysia iaitu Nokia Lumia 1520. Peranti terbaru Nokia Lumia 1520 menampilkan pelbagai ciri baru bagi perisian Windows Phone 8. Antara ciri menarik yang ditampilkan pada telefon pintar yang juga dikenali sebagai ‘Fablet’ ini termasuk skrin HD-penuh 6 inci serta pemproses Qualcomm Snapdragon 800 selain menjadi salah satu daripada peranti pertama yang menerima kemas kini Lumia Black.
Antara ciri-ciri telefon pintar Nokia Lumia 1520
- Skrin 1080HD – penuh , 6.0″ ClearBlack IPS LCD, 368 ppi
- Paparan kolum tambahan 3 jubin membolehkan pengguna mengakses aplikasi dengan lebih cepat.
- Kamera : Ambil foto yang menakjubkan dengan kamera PureView 20 MP, Front-facing camera, LED flash, Autofocus. Kamera dengan dengan penstabilan imej optik, pengguna boleh menangkap dan memberitahu cerita yang lebih baik, dan melakukan lebih daripada apa yang mereka mahu di mana sahaja.
- Memori : Simpanan 16 GB , 2048 MB RAM, Memori boleh ditambah.
- Jangka hayat bateri : masa berbual 24 jam, masa standby 768 jam.
- Prosesor sepantas 2.2 GHz QCOMM 8974 , Quad core
Kamera baru Nokia Lumia 1520
Nokia Lumia 1520 didatangkan dengan kamera Nokia baru. Nokia Camera menggabungkan mod pengimejan yang paling popular – Pro , Pintar dan video – ke dalam satu pengambilan gambar yang lancar. Seperti Lumia 1020, imej boleh menceritakan beberapa kisah menarik dengan zoom kamera, reframing dan keupayaan menangkap dua gambar dengan resolusi rendah dan tinggi.
Pilihan dan Harga
Nokia Lumia 1520 boleh didapati dalam empat warna – kuning, putih, merah dan hitam. Nokia Lumia 1520 telah dijual pada minggu pertama bulan Disember tahun lepas di Lembah Klang dan pada pertengahan Disember di seluruh Malaysia pada harga RM2,159.
Aplikasi Pilihan Nokia Lumia 1520
1. Nokia Storyteller untuk menyusun foto dan video anda dengan kreatif bagi menceritakan pelbagai kisah menggunakan peta interaktif.
2. Microsoft Office Mobile : lihat, edit dan kongsi dokumen anda semasa dalam perjalanan dengan Microsoft Office Mobile. Gunakan SkyDrive untuk penceritaan dan perkongsian mudah.
3. Whatsapp : berhubung dengan rakan anda dengan aplikasi Whatsapp yang percuma untuk telefon pintar ini.
4. 6Tag ( Klien Instagram ) : Anda boleh lihat, edit dan kongsi gambar menggunakan aplikasi klien Instagram ini iaitu 6Tag.
5. Nokia Glam Me ( Edit Gambar ) : ingin wajah yang berseri dengan hanya beberapa saat? Gunakan aplikasi cepat dan pantas untuk menjadikan wajah anda jelita dan boleh menguruskan wajah juga!
6. Twitter : aplikasi Twitter ini amat mudah digunakan dan anda boleh memasukkan gambar terus ke dalam aplikasi ini untuk dikongsi bersama teman di laman sosial Twitter.
7. Camera 360 ( Edit Gambar ) : Aplikasi ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana kebanyakkan wanita mempunyai aplikasi ini untuk mengedit gambar untuk tambah jelita dan menawan.
8. PicLab : Bagi anda yang ingin menambah ayat ataupun perkataan pada gambar, aplikasi
ini paling sesuai untuk anda.
9. Fourquare : Kongsi lokasi restoran ataupun pusat peranginan kegemaran dengan rakan anda dengan aplikasi ini.
10. Vine : Jika anda suka membuat video menarik, anda boleh gunakan aplikasi ini untuk berkongsi dengan rakan anda di laman sosial.
11. Air Asia : bagi anda yang ingin menempah tiket penerbangan dengan pantas, ini adalah aplikasi paling mudah yang anda boleh gunakan.
12. Here Drive dan Map ( Peta dan navigasi ) : Saya amat menggemari aplikasi ini kerana ianya boleh digunakan tanpa talian internet!
Video di bawah menunjukkan sedikit ulasan bagi peranti terbaru yang ditawarkan oleh Nokia ini.