Seharian menanti pesanan ringkas, Wechat, WhatsApp dan segala bagai sosial media tetapi masih tiada sebarang khabar. Kenapa agaknya?
1. Si dia sibuk
Salah satu sebab yang paling jelas dia tidak menghantar mesej kepada anda adalah kerana dia sedang sibuk dengan kerja. Walaupun anda orang yang paling penting dalam hidupnya, dia juga mempunyai keutamaan lain. Jangan anggap dia tiba-tiba membenci anda hanya kerana tidak mesej. Siapa tahu dia mungkin sedang sibuk membuat tempahan untuk makan malam ulang tahun anda.
2. Bila si dia tidak tahu mahu mesej apa
Ada setengah individu atau lelaki sebegini, tidak mesej kerana tidak tahu mahu katakan apa. Jika mesej takut berhenti sekerat jalan. Ada yang jenis sanggup tunggu tengah malam bila kerja selesai dan baru memulakan conversation. Yang mana satu pilihan anda?
3. Si dia baca mesej anda tetapi lupa mahu membalasnya
Anda dengar bunyi mesej masuk, anda baca tetapi biarkan sahaja. Sampailah anda terlupa mahu membalasnya. Bila anda fikirkannya, anda rasa sudah membalas mesej tersebut padahal anda lupa. Pernahkah anda lakukan perkara ini kepada teman wanita, tunang, isteri anda?
4. Bila si dia rasakan mesej itu tidak penting
Ini mimpi ngeri setiap wanita. Anda mesej insan tersayang tetapi dia diam tanpa sebarang khabar malah yang teruk dia beranggapan mesej itu tidak penting.
5. Bila si dia tidak pasti dengan perasaannya
Mungkin si dia tidak tahu apa yang dirasanya. Cinta pandang pertama tidak semestinya berlaku. Mungkin si dia perlukan masa untuk berfikir tentang apa yang dirasanya terhadap anda. Dia perlu waktu untuk fikir agar tidak kecewakan anda kemudian hari.
6. Dia membaca mesej anda tetapi tidak boleh membalasnya
Fikir positif mungkin dia sedang mesyuarat dengan klien penting atau mungkin dalam kelas.
7. Mungkin telefon bimbit dalam silent mode
Mungkin si dia tertinggal telefon dalam kereta atau sedang dalam silent mode bila sibuk bekerja. Perkara ini berlaku, ada setengah orang meletakkan silent mode ketika sedang bekerja kerana tidak mahu diganggu. Mungkin teman lelaki atau tunang anda salah seorang daripadanya.