Seorang wanita Chile bertindak mengerat pasangannya, sebelum merebus mayat tersebut beberapa jam di dalam periuk. Jenayah ini berlaku di Santiago.
Menurut sumber daripada polis semalam, Rosanna Andrea Valdes menjadi marah selepas dia mendapat tahu pasangannya yang berusia 44 tahun, Claudio Andres Muñoz mencuri wang bernilai kira-kira $ 9000 peso Chile yang disimpan dalam kotak kayu.
Semasa pertengkaran, wanita berusia 38 tahun itu menembak lelaki tersebut di dada. Beliau kemudian memotong mayat tersebut dalam bentuk kepingan dengan pisau dapur dan merebus mayat mangsa selama beberapa jam di dalam periuk besar lewat Sabtu kelmarin.
Valdes kemudiannya menyembunyikan mayat di dalam beg nilon di dalam keretanya.
Jenayah itu berlaku di bandar Molina, kira-kira 130 batu (210 kilometer) selatan ibu kota Chile Santiago.
Valdes telah menyerah diri kepada polis dan mengaku melakukan jenayah yang mengerikan itu . – AP
Sumber : New Straits Times