Era digital membuatkan para pengguna untuk menyimpan beribu-ribu fail berformat digital seperti gambar dan video. Peranti sedia ada anda seperti telefon bimbit dan komputer peribadi tentunya tidak cukup untuk menampung semua fail-fail ini.
Alternatifnya, pengguna akan mengunakan servis penyimpanan awan untuk menyimpan fail-fail seperti ini tetapi dari segi privasi, ia mungkin tidak meyakinkan pengguna.
Kini , pengguna boleh menyimpan dengan mudah, mengakses dan berkongsi semua foto-foto mereka, video dan fail dari mana-mana peranti, pada bila-bila masa ,tanpa mengorbankan privasi anda.
WD My Cloud adalah solusi kepada anda untuk menyusun, menghimpun dan menyimpan bahan dan kandungan digital daripada komputer, telefon bimbit dan kemudiannya boleh mengakses semula fail-fail tersebut daripada mana-mana peranti tidak kira dimana juga anda berada.
Apa yang diperlukan pengguna hanya sebuah peranti WD My Cloud dan sambungan internet dan paling penting , tiada bayaran bulanan dikenakan.
Fail juga turut boleh dikongsi dan dialihkan antara dengan servis Dropbox™, SkyDrive® and Google Drive™ dan lain-lain.
Penyimpan awan peribadi WD My Cloud terdapat dalam kapasiti 2 TB (RM499), 3 TB (RM 649) dan 4 TB (RM 799) dan serasi dengan penggunaan bersama peranti perisian Windows® 8, Windows 7, Windows Vista®, Windows XP, OS X Mountain Lion™, Lion®, Snow Leopard®, dan juga DLNA®/UPnP®.