Kehilangan pesawat MH370 dihujani dengan pelbagai pandangan, pendapat, penjelasan, spekulasi dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan. Kami Wanista tertarik dengan ulasan juga pandangan Kapten Norudin Abd. Majid yang ditemu bual secara eksklusif oleh TV3 berkaitan misterinya kehilangan pesawat MH370.
Sebelum itu, kami ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai Kapten Norudin Abd.Majid. Kapten merupakan bekas juruterbang pesawat 777-200 MAS, beliau juga terlibat dan mengetuai dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 ke Malaysia pada tahun 2002.
Apa yang menarik perhatian kami ialah sebelum ini banyak kita dengar ulasan dari pelbagai sudut yang semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi cara dan menyelamat (SAR) dan sebagainya, namun berbeza bagi Kapten Norudin Abd. Majid. Menurutnya:
1. Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.
2. Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima.
3. Kita orang beriman, Alllah S.W.T menentukan segala-galanya. Dunia ini kepunyaan pencipta.
4. Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara.
5. Dua cara yang boleh dilakukan dan Insyaallah akan jumpa ialah doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya.
Wanista rasakan ini merupakan ulasan yang sangat mudah dan senang didengar dan boleh diambil teladan juga jangan pandang enteng kerana walau apapun yang terjadi, kita harus berbalik kepada Yang Esa. Dia melihat, mendengar dan mengetahui segalanya yang berlaku di muka bumi ini.
Kami sertakan sekali video temu bual dengan Kapten Norudin Abd Majid
Antara petikan ayat temuramah Kapten Norudin Abd Majid ( bekas ketua juruterbang 777-200 MAS ) dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 hari ini. ( 11 Mac 2014 )
1. Apa yang kita perlu lihat, dimana sains berakhir, disitu kudrat Allah bermula. ( ayat bermakna ini adalah kuasa melebihi kemampuan manusia, jangan salah faham ya. )
2. Usaha manusia mempunyai had. Selain alam manusia ada alam lain. Jangan terlalu taksub pada teknologi sampai kita lupakan yang asal ( maha Pencipta )
3. Allah swt ingin ingatkan manusia bahawa kita insan yang lemah. Dunia bukan milik manusia tapi milik Allah.
4. Kehidupan kita dipengaruhi dengan apa yang kita tengok, lihat, rasa. Apa yang kita tak nampak, lihat, rasa, itu adalah milik Pencipta. Allah swt ingin peringatkan manusia bahawa kita adalah insan yang lemah. Dunia ini bukan milik manusia. Tapi milik Allah.
5. Topik ini menarik kerana telah begitu lama ( sains ) dimiliki oleh orang lain. Tapi sebenarnya semua adalah milik Allah swt.
6. Saya kenal juruterbang dan keluarga secara peribadi. Dia terlalu banyak pengalaman dan tak lokek ilmu.
7. Kita hanya akan dapat mengawal keadaan bila kita ada hubungan nyata dengan pesawat. Tapi benda itu telah ‘mati’. Inilah dia fenomena. Telah berlaku hijab antara alam nyata dan alam ghaib. Melampaui teknologi manusia. Disebalik alam ghaib, ada cara dia. Kita perlu usaha untuk hubungkan alam nyata dan ghaib. Kembali kepada Allah swt yang mempunyai kunci kepada segalanya.
8. Atas apa yang kita dapat daripada manfaat sains, kita terlalu yakin dan selesa. Sampai kita lupa kepada Pencipta sains.
9. Kudrat Allah bersama dgn org beriman dan yakin dgn janji Allah. Allah swt bantu orang yang yakin dengan Dia. Jangan hanya yakin dimulut tapi dihati.
10. Kembalilah kepada Pencipta dengan penuh rasa rendah diri.