Pelakon jelita Rozita Che Wan yang baru sahaja mendirikan dengan rumah tangga dengan aktor Zain Saidin telah berkongsi berita kehamilannya di laman instagram beliau.
Rozita atau Che Ta baru sahaja memuat naik gambar alat penguji kehamilannya yang menunjukkan bahawa beliau positif hamil. Che Ta juga turut meletakkan caption ” Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat mu ya Allah.. amin ” untuk gambar tersebut.
Media sebelum ini melaporkan tentang keterujaan suaminya, Zain Saidin yang mengatakan Che Ta menunjukkan tanda-tanda kehamilan tetapi bagaimanapun belum berani membuat apa-apa pengesahan.
Zain turut berkongsi dan memuat naik gambar yang sama di laman Instagram dan Twitter miliknya.
Belum ada lagi butiran lanjut daripada bekas Miss Malaysia-Intercontinental 1992 tentang berita gembira ini. Rozita mempunyai dua anak lelaki hasil daripada perkahwinan pertamanya dan ini merupakan kehamilan beliau yang ketiga. Tahniah daripada kami di Wanista !