Ikon Fesyen 2014, Lupita Nyong’o mengalahkan pesaing terdekatnya Jennifer Lawrence untuk trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2014. Lakonan Lupita Nyong’o begitu cemerlang dalam filem 12 Years a Slave sekaligus mengetepikan Sally Hawkins – Blue Jasmine, Jennifer Lawrence – American Hustle, Julia Roberts – Osage Country dan June Squibb – Nebraska.
Menurut Nyong’o ini merupakan filem pertamanya, memainkan watak Patsey, 12 tahun dalam 12 Years a Slave. Babak yang paling diingatinya ialah di mana dia menerima sebatan ketika ingin melakukan kerja rumah.
12 Years a Slave, filem yang digarap dari Autobiografi Solomon Northup, 1853 , seorang lelaki berkulit hitam yang telah ditangkap di Washington D.C pada 1841 dan dijual untuk dijadikan hamba. Dia telah bekerja di ladang di negeri Louisiana selama 12 tahun sebelum dibebaskan.
Tahniah juga kepada Jared Leto yang berjaya merangkul Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Dallas Buyers Club.