Lorde merupakan seorang penyanyi muda yang baru berusia 17 tahun dan telah memenangi Anugerah Grammy ke-56 bagi kategori Song of the Year menerusi lagu popularnya, Royal. Penyanyi yang berasal dari New Zealand ini tampil dengan fesyen berbeza dengan selebriti lain yang lebih gemarkan pakaian jenama popular dan seiring dengan status remajanya, Lorde lebih suka mengenakan pakaian berwarna gelap dan hitam.
Menurut portal hiburan E! Online, ikon fesyen kegemaran Lorde adalah Grace Jones dan David Bowie yang baginya mempunyai identiti fesyen mereka sendiri.