Pusat kecergasan terkemuka Celebrity Fitness, baru-baru ini telah memperkenalkan program senaman yang baru daripada fitness fx sebagai himpunan program senaman mereka. Program ini disasarkan kepada mereka yang mencari cara unik untuk membakar lemak. dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Fitness fx menawarkan program latihan seperti jump fx dan pump fx untuk membakar lemak yang tidak diingini dan memaksimumkan kecergasan dengan iringan muzik . Fitness fx memberi pilihan kepada pelanggan untuk bersenam dalam persekitaran yang mereka lebih suka, samaada secara berkumpulan atau persendirian.
Pump fx adalah latihan studio yang mengaplikasikan pelbagai fungsi dan pergerakan dalam menyediakan satu senaman badan yang lengkap dan menyeluruh. Dengan penekanan kepada intensiti dan teknik, senaman ini mensasarkan bahagian otot untuk meningkatkan komposisi badan.
Manakala jump fx pul;a adalah senaman untuk meraka yang mahu mempercepatkan pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisme,. Ia adalah program kardio mudah yang menggabungkan beberapa teknik latihan paling berkesan seperti plyometric, latihan intensiti yang tinggi dan 3D atau regangan multi-planar .
Program ini bersesuaian dengan semua, samaada yang sudah biasa menjalani latihan di gym atau yang baru mahu berjinak-jinak. Selain berobjektif untuk memaksimakan kecergasan, program ini juga boleh meningkatkan keyakinan diri, mengelakkan kecederaan sendi, meningkatkan kekuatan otot, memperbaiki postur badan dan banyak lagi kelebihan lain.
Satu majlis pengenalan dua senama ini telah diadakan di Celebrity Fitness Mid Valley Megamall. Majlis tersebut telah dijayakan juga ole beberapa selebriti tempatan antaranya, Azzura Zainal, Yasmin Hani, Amanda Imani dan ramai lagi.
Fitness fx boleh didapati di semua pusat Celebrity Fitness di Malaysia.