Mungkin tidak semua mengenali penyanyi hebat Kpop, G Dragon – ketua kumpulan Big Bang. Jika sesiapa yang mengenalinya mungkin ketahui G Dragon merupakan ikon fesyen di Korea Selatan kerana fesyennya mendapat tumpuan ramai malah yang membanggakan lagi pereka fesyen tersohor dunia juga menjemputnya menghadiri pertunjukan fesyen di Paris. Ini menunjukkan bertapa pengaruh fesyennya kuat di negara luar.
Menurut G Dragon, jika tidak menjadi penyanyi, mungkin kerjaya sebagai pereka fesyen pakaian menjadi pilihannya. Jika dilihat fesyen yang dikenakan penyanyi dengan ketinggian 174cm ini banyak kepada konsep mix n match, dia tidak terpengaruh kepada 1 gaya sahaja, juga sukakan aksesori yang banyak. Yang menariknya, fesyen yang dikenakan penyanyi ini juga boleh dicuba oleh kaum wanita, tiada terhad.
1. G Dragon memilih keseluruhan hitam untuk top dan seluar dipadankan kontra kemeja kotak rona hijau dan sneakers merah, dilengkapkan dengan aksesori cermin mata hitam dan baseball hat.
2. Gaya kedua pilihan Wanista ketika G Dragon mengenakan loose black t shirt dengan seluar paras buku lali, kontra dengan gladiator sandal warna coklat, pelengkapnya seperti biasa cermin mata hitam dan fedora hat. Simple yet exclusive.
3. Kali ini G Dragon mengenakan outwear sweater bersama ripped jeans ketat, nampak rugged dengan boot Dr. Martens dan juga cermin mata hitam sebagai pelengkap, tidak lupa aksesori anting-anting berlian dan gelang tangan.
4. Denim atas denim. Nampak ranggi dan bergaya dengan ripped jeans dipadankan dengan outwear denim.
5. Formal yet rugged dengan kemeja t dan long pants bersama boots.
6. Wanista sukakan fesyen yang dikenakan G Dragon kali ini, bergaya dengan ripped jeans dipadankan dengan print t shirt dan lengkapkan dengan blazer rona putih. Walaupun simple tetapi ianya sudah melengkapkan gaya G Dragon.
7. Kali ini G Dragon nampak sangat trendy dengan mengenakan stripe jumper dan luarannya dilengkapkan dengan long coat rona terang. G Dragon memadankan dengan ripped jeans dan kasut loafer. Beanie hat nampak lebih muda dan segar.
8. Hanya menyarung animal print t shirt dengan luaran blouse bercorak ataupun hitam, loafer sebagai pelengkap dan aksesori baseball hat. Penampilan G Dragon nampak sangat santai tapi masih stail.