Brad pitt pun buat muka nyah!
Kecoh sekejap bila lensa kamera merakam wajah baharu Brad Pitt yang lebih tegang dan muda. Jadinya memang ramai yang mula beri reaksi dengan kemunculan baru aktor kacak ini. Bukan apa, Brad Pitt yang digelar sebagai Silver Fox of Hollywood kelihatan jauh berbeza dari usia 60 tahunnya.
Garis kedutan bahagian dahi, pipi dan lebihan kulit pada hujung mata seolah-olah lenyap dengan magis. Peminat membandingkan wajah Brad Pitt pada tahun 2020 ketika menghadiri Academy Awards dan di Wimbledon tahun lepas. Serius, memang awet muda betul!
Pakar-pakar pembedahan plastik membuat andaian, kemungkinan Brad Pitt membuat rawatan face-lift. Apatah lagi, jelas kesan pembedahan pada hujung telingan dan hasil kulit aktor ini yang lebih licin. Bagi pendapat DIVA, hasil pembedahan face-lift pada Brad Pitt sangat mengagumkan. Ia cukup halus dan tidak memberi apa-apa berubahan yang ketara pada bentuk mata, hidung dan wajah.
Brad Pitt sendiri sedar, dia memiliki wajah yang tampan. Jadi kalau sekadar tegangkan wajah tiada masalah.
Kalau Brad Piit pun buat face-lift, takkan orang lain tak boleh? Eh, gurau jer…