Coklat Patchi jadi kegilaan bagi lidah premium…
Rakyat Malaysia umumnya suka dengan makanan yang serba manis. Lihat sahaja juadah pencuci mulut tempatan, pasti wajib dengan rasa manis dan berlemak. Malah, lepas habis makan lauk utama sudah tentu disudahi juga dengan makanan atau minuman bergula. Apa pun kena hati-hati kurangkan pengambilan gula. Sekali-sekala tidak mengapa.
Bersama fenomena makanan viral dan sifat sukakan makan manis, satu jenama coklat telah mendambat hati rakyat Malaysia. Coklat jenama Patchi menjadi buah mulut orang ramai dengan kualiti premium dan pilihan rasa yang berbagai. DIVA sendiri pernah melihat seorang pempengaruh masakan, Mr. Ali (mr.alicakes) menggunakan coklat Patchi dalam resepi keknya. Ternyata para pengikut Mr. Ali cukup teruja!
Ternyata coklat Patchi bukanlah coklat yang mudah didapati di pasaraya atau kedai jualan bebas cukai. Ia suatu keunggulan dalam pembuatan coklat. Mungkin ada dikalangan pembaca DIVA baru tahu tentang kewujudan coklat Patchi. Mari DIVA titipkan beberapa fakta menarik tentang coklat Patchi;
- Asal dari Lubnan
Ramai yang menganggap jenama Patchi dari negara Eropah. Ia sebenarnya berasal dari Lubnan dan telah bertapak dalam industri pembuatan coklat sejak tahun 1974. Coklat Patchi diasaskan oleh Nizar Choucair dan kemudian ia terus memperluaskan lagi perniagaan sekitar negara-negara Timur Tengah. Kini seluruh dunia termasuk Malaysia dapat menikmati rasa kemewahan adunan coklat Patchi.
- Coklat Patchi dijamin Halal
Menurut dari laman sesawang rasmi Patchi, coklat mewah ini Halal kerana ia tidak menggunakan sebarang alkohol dalam produk mereka. Namun, ia ada memaklumkan tentang penggunaan Maltitol sebagai pemanis dalam produk coklat no-added sugar.
- Coklat best-seller Patchi
Jika dahulu Gianduja menjadi pilihan ramai, kini kepingan coklat Finnese, Royal, Audace dan banyak lagi. Gabungan kekacang antara menjadi tumpuan. Menariknya lagi, bungkusan berwarna emas dikategorikan untuk milk-chocolate, manakala bungkusan warna perak ialah untuk dark-chocolate.
- Harga coklat Patchi
Sebenarnya kamu harus ke butik Patchi sendiri untuk melihat pelbagai produk dan variasi coklat Patchi. Ia bergantung pada berapa gram, jenis coklat dan dekorasi hadiah coklat. Ia boleh bermula dari harga RM150 hingga maksima RM1,500. Tepuk dada, tanya selera.
Tentu ramai yang ingin merasa sendiri kenikmatan kepingan coklat Patchi. Kamu boleh layari https://patchi.com/en/ untuk maklumat lanjut atau singgah ke butik Patchi di Suria KLCC, Bangsar Shopping Centre, 1 Utama atau di Jalan Bukit Bintang.
Selamat ber-Patchi!