Ini rupanya rahsia Michelle Yeoh…
Bertuah rasanya dapat mengetahui rahsia kecantikan aktress terkemuka dunia ini! Michelle Yeoh muncul dalam video kecantikan Vogue dan mendapat sehingga 70 ribu tontonan. Didalam video tersebut Michelle tidak lokek berkongsi teknik penjagaan kulit dan solekannya.
Ramai yang mengagumi kecantikan asli Michelle Yeoh yang jelas dijaga dengan baik. Dari pandangan DIVA, aktres asal Malaysia ini tidak melakukan apa-apa perubahan wajah yang ketara. Apatah lagi dapat melihat teknik self-care yang dikongsi, jelas menunjukkan kecantikan milik Michelle sejati!
Nah, DIVA cuba titipkan satu-persatu teknik yang dikongsikan Michelle Yeoh dalam video Youtube diatas. Pertama sekali, beliau suka mulai dengan urutan wajah. Bahagian yang menjadi tumpuan beliau ialah jawline, ia sekaligus untuk menawan keanjalan wajah. Tidak lupa dengan urutan bawah mata untuk mengembalikan kesegaran.
Sambil itu, Michelle Yeoh sempat menasihati untuk mengambil air kosong secukupnya. Fungsi hidrasi sangat penting bagi memberi hasil kulit yang sihat dan cantik.
Solekan wanita berusia 61 tahun ini serba ringkas kerana penggunaan produk yang minimal. Bukan itu sahaja, formula dari produk pilihannya juga ringan sesuai dengan kondisi kulit matang atau berusia. Michelle Yeoh elak bersolek tebal, baginya ia menyebabkan garis kedutan lebih jelas.
Tidak seperti wanita zamannya, Michelle tidak terpengaruh dengan gaya kening nipis sekitar 90-an. Ini kerana ibunya sering memberi nasihat tentang kecantikan. Terutamanya jangan membiarkan orang lain mencabut bulu kening kita!
Michell Yeoh mengaku dia juga malas untuk bersiap secara berlebihan. Untuk menambah warna pada wajah, beliau menambah pemerah pipi jenis krim dan hanya gunakan jari untuk blend. Kemudian tambah bronzer sekadar menaikkan bentuk wajah.
Mengakhiri rutin solekan, Michelle Yeoh menambah eyeliner, maskara dan kemudian lipstik. Baginya ia sudah memadai dan sempat memberi nasihat sebelum menutup tirai;
“Always be who you are; be true to yourself. You can’t hide. Eventually, who you are will always come shining through. The most important thing for me is to be able to find and fine-tune, a nicer me—a kinder me.”
Dan…Michelle Yeoh menitik ubat mata untuk kesegaran mata. Iyalah dari mata turun ke hati bukan?