Pada tahun 2014, ramai selebriti tampil berani dengan warna rambut lebih terang dan juga berbeza. Jadi kami kongsikan senarai warna rambut yang digayakan oleh selebriti gred A pada tahun ini yang boleh anda cuba.
1. Platinum Blonde
Rambut dengan tona warna ini biasanya merupakan tona rambut kanak-kanak. Ianya sedikit berlainan dengan rambut blonde biasa dimana warnanya lebih luntur. Selebriti yang menggayakan warna rambut ini seperti Anne Hathaway,Michele Williams.
2. Rose Gold
Sama dengan namanya, rambut dengan tona warna ini nampak seperti warna merah jambu yang dicampur dengan warna emas. Warna keemasan rambut tidak terlalu menyerlah dan air muka nampak lebih lembut. Selebriti yang menggayakan warna rambut ini seperti Rachel McAdams.
3. Coklat Monokromatik
Coklat monokromatik ini tona warnanya seakan-akan warna hitam akan tetapi apabila terkena cahaya lampu atau matahari, tona warna coklat pada rambut akan kelihatan. Selebriti yang menggayakan warna rambut ini seperti Zoe Saldana, Coco Rocha, Katy Perry.
4. Gradual Ombre
Warna ombre merupakan pilihan untuk wanita yang ingin nampak berbeza dan menonjol. Ramai selebriti yang menggayakan rambut dengan tona warna ini seperti Kim Kardashian, Jessica Alba, Drew Barrymore.