Selain daripada sibuk menyambut Halloween, bulan Oktober adalah masa yang tepat untuk kita semua; pencinta kecantikan kembali kepada asas kecantikan. Fikirkan mekap yang neutral, bau-bauan klasik dan bibir merah ceri yang sangat menggoda!
DIVA syorkan kamu kembali manjakan diri dengan mencuba trend terbaru, atau membuat pelaburan penjagaan diri yang tahan lebih lama dengan beberapa jenama kecantikan terbaik bulan Oktober ini di Sephora.
Dapatkan sama ada skincare, blush sticks yang chic, foundation yang lebih ringan hingga ke wangian eksklusif daripada lima jenama kecantikan ini sebelum Sephora kehabisan stok!
RABANNE PHANTOM & FAME Parfum
Sekiranya kamu mencari wangian yang sangat maskulin, misteri dan menggoda, DIVA syorkan wangian Rabanne Phantom untuk si dia. Jika untuk kamu sendiri, Rabanne FAME adalah pilihan terbaik kerana ia diperbaharui dengan sentuhan Paris dan ekspresi keghairahan wanita, lebih ikonik daripada sebelum ini.
- Foto – Rabanne
- Rabanne Phantom Parfum [RM360, 50ML / RM477, 100ML]
Dihasilkan daripada bahan-bahan berharga dan digubah oleh pewangi terkenal seluruh dunia iaitu Juliette Karaguenzoglou, Anne Flipo dan Dominique Ropion, wangian ini diinspirasikan oleh malam di Paris. Merangkumi jejaka yang menguasai kegelapan, wangian ini merupakan ekspresi tegar, berkuasa, maskulin dan karisma.
- Nota Atas: Fusing Lavender
- Nota Tengah: Vanilla Hangat
- Nota Asas: Magnetic Vertiver dan Mineral Musk
- Foto – Rabanne
- Rabanne FAME Parfum [RM327, 30ML / RM505, 50ML / RM699, 80ML]
Dihasilkan daripada bahan paling berharga dan terbaik, digubah oleh pewangi terkenak iaitu Dora Baghriche, Marie Salamagne dan Alberto Morillas, FAME Parfum mempamerkan kelembutan yang indah untuk mendedahkan keghairahan yang memabukkan yang menyerlahkan bintang dalam diri wanita.
- Nota Atas: Creamy Incense
- Nota Tengah: Jasmine Trio
- Nota Asas: Mineral Musk
SEPHORA BEST SKIN EVER Matte Powder Foundation
Untuk kamu yang sukakan hasil kulit yang lebih matte dan segar dengan hanya menggunakan compact foundation, SEPHORA memperkenalkan koleksi Matte Powder Foundation yang baru daripada rangkaian SEPHORA Best Skin Ever.
- Foto – Sephora
- Sephora Collection Best Skin Ever Powder Foundation [RM87]
Apa yang DIVA suka tentang koleksi Matte Powder Foundation ini adalah:
- Bertekstur licin dan sangat ringan
- Tersedia dalam 24 warna berbeza
- Berikan medium-high coverage tanpa tinggalkan rasa berat di atas kulit
- Dikemas dengan tumbuhan adaptogenik semula jadi, membantu mengawal kilauan dan menyerap minyak berlebihan di wajah
RARE BEAUTY HOLIDAY KIT 2023
RARE BEAUTY oleh Selena Gomez kini menawarkan produk edisi terhad, khas untuk musim cuti 2023 yang terdiri daripada Everyday Rose Lip Oil dan Liner Duo yang eksklusif versi saiz penuh, serta set Mini Blush & Glow 4-Piece yang diinspirasikan oleh hack blush glowy yang viral!
- Foto – Rare Beauty
- Everyday Rose Lip Oil & Liner Duo [RM129]
Set edisi terhad ini menampilkan Soft Pinch Tinted Lip Oil (shade: DELIGHT, 3ml) dan Kind Words Matte Lip Liner(shades: ADMIRED, 0.40g) dalam rona perang ros universal. Menjadi top pick oleh Selena, produk duo ini cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari kerana ianya sangat ringan, berpigmen tinggi, tidak melekit dan kalis air.
- Foto – Rare Beauty
- Blush & Glow 4-Piece Mini Set [RM179]
Dihadirkan dalam saiz mini (3.2ml dan 2.5ml), set Blush & Glow ini terdiri daripada empat shades pilihan Selena iaitu WISDOM dan VIRTUE (Mini Soft Pinch Liquid Blush), serta MAGNETIZE dan TRANSCEND (Mini Positive Light Liquid Luminizer). Mini set ini perlu kamu dapatkan kerana ianya ringan, tahan lama dan paling penting tak menjadi capuk walaupun pakai sepanjang hari.
NUDESTIX Nudies Matte + Glow Core
Rangkaian terbaru daripada NUDESTIX iaitu Nudies Matte + Glow Core adalah gabungan matte cream blush stick bersama infused juicy glow core yang berinovatif, sesuai dioles pada pipi, mata dan bibir.
- Foto – Nudestix
Tersedia dalam lima shades [RM122, sebatang] daripada ros neutral kepada golden corals dan warm nudes, Nudies Matte + Glow Core ini dirumus bersih dan vegan menggunakan bahan-bahan selamat untuk kulit seperti:
- Ceramide: Membantu melindungi penghalang lipid kulit, mengurangkan kulit kering dan mengekalkan kelembapan kulit
- Peptide: Menggebukan dan menyuburkan kulit sambil mengurangkan penampilan kedutan
- Mineral: Merasal ringan dan melembutkan rupa tekstur
KORA ORGANICS
KORA Organics oleh Miranda Kerr memperkenalkan inovasi terbaru dalam dunia penjagaan kulit organik iaitu Plant Stem Cell Retinol Alternative Serum dan Moisturizer. Kedua-dua produk ini menggunakan bahan organik yang berkualiti tinggi seperti Bakuchiol, Alfafa Extract, Acai Stem Cell Etxract, Rosehip Oil dan Noni Extract.
- Foto – KORA Organics
- Plant Stem Cell Retinol Alternative Serum [RM340]
Serum ini menawarkan alternatif semula jadi dan lebih berkesan kerana ia adalah gabungan 5% alternatif retinol di pasaran yang menyasarkan dan mencegah tanda-tanda penuaan yang ketara, sambil memberikan rangsangan penghidratan perlindungan antioksidan 24/7.
- Foto – KORA Organics
- Plant Stem Cell Retinol Alternative Moisturizer [Tersedia pada November 2023]
Pelembap yang merangkumi bahan yang sama seperti serum ini mempunyai tambahan bahan seperti Teff Peptide dan Ceramide NP Blend yang berfungsi untuk menegangkan, menggebukan, menghidrat secara menyeluruh dan meningkatkan penghalang semulajadi kulit.
Kunjungi kedai SEPHORA, atau beli di laman web rasminya [KLIK SINI] sebelum stok habis. Happy shopping!