Peminat terkejut dengan gambar yang dikongsikan oleh penyanyi Korea 2AM, Changmin yang menunjukkan hasil diet 3 minggu untuk persediaan konsert. Gambar yang dikongsi di Twitter menunjukkan perubahan bentuk badan sebelum dan selepas diet yang diamalkan itu.
Changmin juga mendedahkan berat badannya sebelum diet adalah sebanyak 82.4kg manakala gambar selepas menunjukkan dirinya telah kurus malah kelihatan six packs dengan 77.7kg. Penyanyi ini berkongsi sebelum ini berat bedannya lagi teruk sehingga mencecah 100kg dan dari situ dia malu dengan dirinya dan mula amalkan diet dan gaya hidup sihat. Dia pernah turun sebanyak 18kg dalam tempoh tiga minggu dan kira-kira 30 kg dalam enam minggu. Bayangkan boleh turun sedemikian dan mesti diet yang diamalkan juga agak berat. Rahsianya, “saya hanya makan dua blok tauhu dan berlari enam jam sehari”. Menurut laporan, Changmin rutin bangun pada pukul 6.30 pagi untuk melakukan rutin senaman harian.