Salvatore Ferragamo dengan bangganya memperkenalkan ikon baru ‘Aura Bag’ daripada Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022. Dengan bentuk separa bulan yang tersendiri, rantai tonal dan lambang Gancini 3D, Aura Bag miliki rupa glamor kontemporari, dan bakal menjadi ikon baru yang kekal.
- Foto – Salvatore Ferragamo
Dibuat sempurna dengan tali bahu yang boleh ditanggalkan dan berantai, ia boleh dipakai dalam beberapa cara, di atas bahu, bersilang atau dibawa sebagai clutch untuk gaya yang chic.
Flap dilengkapi oleh macro Gancio, dan terbuka untuk mendedahkan bahagian dalam dengan poket rata, slot berkembar dan poket belakang dengan penutup magnet untuk memastikan semua barang peripadi kamu lebih teratur.
- Foto – Salvatore Ferragamo
Aura Bag boleh didapati dalam kulit anak lembu licin, cetakan buaya atau dengan elaphe. Warna-warna pula didatangkan dałam palet hitam, rona lebih hangat seperti Red Sequoia dan Sella, atau ton lebih cerah seperti Amaretti dan Ghiacciaio Blue.
- Foto – Salvatore Ferragamo
- Foto – Salvatore Ferragamo
Beg ini boleh didapati di semua butik Ferragamo bermula dari September 2022. Info lanjut, klik link di sini.