Kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca mengenai DIY Rope Craft ataupun kraftangan menggunakan tali yang boleh dijadikan hiasan rumah ataupun hadiah perkahwinan kepada tetamu.
Apa yang anda perlukan :
1. Tali ( pelbagai saiz,bentuk,warna )
2. Bekas yang anda ingin ‘baharu’kan seperti bekas kaca lama, tin hadiah, pasu, alas cawan, dan pelbagai lagi.
3. Gunting
4. Sellotape ( jalur selofan lutsinar ) ataupun double sided tape
5. Gam mudah lekat
6. Pen pelbagai warna untuk mewarna tali ataupun cat warna
Pasu kaca hiasan
1. Dengan menggunakan selofan tape, lekatkan bahagian hujung tapi pada permukaan bekas kaca. Kemudian lilitkan di sekeliling bekas kaca sehingga membentuk jalur tali yang cantik. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk melilit bahagian tengah bekas, atas ataupun bawah bekas.
2. Apabila sampai di hujung lilitan, gunting dan selitkan di bahagian bawah lilitan tali tadi. Ataupun anda boleh gamkan bahagian hujung tali pada bekas kaca menggunakan gam mudah lekat.
3. Dengan menggunakan tali berwarna, ikatkan pada muncung bekas kaca secara ringkas.
4. Jika anda mempunyai lebihan tali, anda boleh membuat hiasan seperti di bawah.
Alas cawan tali comel
1. Dengan menggunakan alas cawan kertas ( atau gunting kertas di dalam bentuk bulatan/segi empat ), tampal hujung tali dengan gam dibahagian tengah alas.
2. Gamkan pada keseluruhan alas cawan dan lilitkan tali seperti dibawah.
3. Di bahagian hujung pula, potong tali dan gamkan hujung tali tersebut secara berhati-hati.
Bekas gula-gula comel ( doorgift perkahwinan )
1. Dengan menggunakan double sided tape, letakkan pada tepi penutup bekas.
2. Gunakan tali pelbagai warna pada penutup bekas.
3. Dengan menggunakan kaedah yang sama, gunakan tali berwarna putih pada bahagian badan bekas. Cara sama seperti melilit botol dan juga alas cawan.
Anda memerlukan : tali, gelang, gam panas, pin
1. Gulungkan tali seperti cara alas cawan di atas, ataupun anda boleh mengulungkan tali dan letakkan selofan tape di belakang tali untuk memegang tali supaya tidak tercabut.
2. Sapukan gam pada seluruh permukaan gelang, dan biarkan sehingga hampir kering.
3. Letakkan tali pada permukaan gelang dan jika takut tertanggal, letakkan selofan tape pada permukaan tali dan gelang. Apabila gam kering, cabut kembali selofan tape tersebut.
4. Cabutkan pin yang digunakan sebentar tadi.
Anda memerlukan : Bekas lilin ataupun cawan panjang , tali jerami atau tali berwarna, kain atau twill , butang dan gam panas
1. Lekatkan hujung kain atau twill pada hujung bawah bekas. Pastikan ianya boleh dilipat ke atas seperti did alam gambar.
2. Lilitkan tali pada sekeliling bekas menggunakan gam di sepanjang tali.
3. Sebelum anda selesai melilit tali, lekatkan hujung twill/kain di bahagian atas hujung tali dengan menggunakan gam, tetapi pastikan ada ruang untuk tali.
4. Kemudian gamkan hujung tali untuk menutup hujung kain/twill tadi. Sebagai hiasan, gamkan butang pada permukaan twill.