Kumpulan EXO membuktikan mereka antara kumpulan paling popular dan punyai jutaan peminat. Hal ini terbukti apabila sesi mengambil gambar bersama peminat terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kehadiran para peminat fanatik yang terlalu ramai dan sesak.
Pada 14 Januari, EXO dijadualkan menghadiri majlis menandatangani bersama peminat di SK Telecom ‘T World’, Shinsadong. Walaubagaimanapun acara tambahan iaitu sesi ambil gambar bersama peminat terpaksa dibatalkan kerana ianya dianggap tidak selamat disebabkan kebanjiran para peminat fanatik. Peminat fanatik EXO datang dari pelusuk tempat, penaja acara terpaksa menggaji pengawal peribadi tambahan kerana tempat terlalu sesak dengan ribuan peminat. Bukan itu sahaja, pihak polis juga terpaksa mengawal keadaan di situ. – allkpop