Kalau kamu mengikuti wanita cantik ini di TikTok, mesti tahu dia sangat aktif di sana. Berkongsi tips kecantikan, produk yang digunakan, demo tutorial tudung dan macam-macam lagi.
Sampaikan diberi gelaran ‘Datin TikTok’, usahawan fesyen dan kosmetik, Datin Lynda Rahim setakat ini sudah mempunyai lebih 79K pengikut. Celoteh wanita yang membahasakan diri dengan ‘Mah’ sentiasa dinanti-nanti pengikutnya.
Dipuji miliki kulit yang flawless dan bersinar, Datin Lynda Rahim tidak kedekut berkongsi produk penjagaan kulit yang digunanya. Step-by-step untuk rutin siang dan malam bagi mengekalkan kejelitaan dan awet mudanya.
View this post on Instagram
Dia memulakan rutin siang dengan;
- Cuci muka menggunakan Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser
- Toner dengan Paula’s Choice 2% BHA Liquid Salicylic Acid Exfoliant
- Untuk menyegarkan kulit pilihan adalah Caudalie Beauty Elixir
- Serum pula Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
- Pelembap pula Datin Lynda Rahim memilih jenama tempatan Truskin Hydra Brightening Moisturizer
- Skinmalis Sunscreen UVB SPF 50 Sunblock untuk krim pelindung matahari
Rutin malam sama, cuma ditambahnya produk seperti berikut;
- Toner untuk malam, dia menggunakan The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution
- Untuk kulit yang bersinar-sinar, dia menekan penggunaan Cosrx Advanced Snail 92 All in one Cream
- Seminggu sekali, tanggalkan sel kulit mati dengan The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution
Bila dilihat rutin Datin Lynda Rahim, kebanyakan produk mendapat respon positif pengguna dan hype yang banyak di media sosial. Penulis juga menggunakan Cosrx dan Paula’s Choice, memang puas hati dengan result yang diberikan.
Kamu kena cuba, kalau nak tahu. Kulit nampak sihat, flawless dan memang bersinar-sinar.