Tahniah pasangan sejoli!
Selepas majlis pertunangan adiknya, Puteri Iman; kini tiba giliran Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein pula yang mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya, Rajwa Khaled Al-Saif.
Di Instagram, Putera Hussein telah memuat naik gambar pertunangannya dengan Rajwa. Tunangnya itu dilihat memakai gaun biru gelap dengan belahan ‘V’ di bahagian leher.
Melihat pasangan yang sama padan ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berjaya mencuri hati Putera Hussein ini.
#1 Anak kesayangan ahli perniagaan yang kaya-raya!
Untuk info kamu, Rajwa merupakan anak perempuan Khalid bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al-Saif dan isterinya, Azza binti Nayef Abdulaziz Ahmed Al Sudairi.
- Foto – People
Berdasarkan sumber, bapanya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al Saif, sebuah syarikat milik persendirian yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembinaan dan keselamatan.
Anak bongsu daripada empat beradik, ini dilahirkan pada 28 April 1994, dan dibesarkan di Arab Saudi.
#2 Amerika Syarikat ‘rumah’ keduanya
Selepas menghadiri sekolah menengah di Arab Saudi, dia berpindah ke New York dan meneruskan pengajian di Kolej Seni Bina Universiti Syracuse. Rajwa juga adalah pemegang ijazah jawatan profesional dalam komunikasi visual daripada Institut Reka Bentuk dan Barangan Fesyen di Los Angeles.
- Foto – Pinterest
Sebelum ini Rajwa bekerja di firma seni bina di LA sebelum mendapat pekerjaan semasa di studio reka bentuk Designlab Experience di Riyadh.
#3 Ratu Rania sendiri merestui hubungan mereka
“Teruja untuk mengalu-alukan anak perempuan ketiga saya, bakal pengantin Al Hussein, Rajwa, kepada keluarga! Kami sangat gembira untuk anda berdua,” tulis Ratu Rania.
- Foto – @queenrania (IG)
Dalam gambar yang dimuat naik oleh Ratu Rania, Rajwa mengenakan pakaian berjenama dan meminja, sepasang anting-anting emas putih dan berlian kuning milik Ratu Rania.
#4 Majlis pertunangan diadakan di rumah bapanya
Majlis pertunangan Putera Mahkota dan Rajwa ini diadakan di kediaman bapa Rajwa di ibu kota Saudi, Riyadh. Semasa majlis tersebut, ibu bapa Putera Hussein; Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania secara rasminya merisik Rajwa untuk menjadi menantunya.
- Foto – @alhusseinjo (IG)
Dipetik daripada Vogue, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman juga mendoakan pasangan itu “hidup yang berjaya dan bahagia”.
Sekali lagi tahniah Putera Mahkota Hussein dan Rajwa!