Sering digelar sebagai ‘Girl Crush Malaysia’, influencer Dahlia Rizal sentiasa jadi rujukan hijabis moden!
DIVA tahu tak mudah sebenarnya untuk seorang muslimah moden a.k.a hijabis moden nak cuba berfesyen atau ikut trend terkini.
Tetapi apa yang DIVA lihat pada Dahlia, gadis manis ini sebenarnya berjaya buktikan hijabis moden boleh bebas bergaya; sambil mengekalkan sisi manis dan sopan seorang muslimah.
Miliki wajah yang cukup cantik dan sense of fashion yang agak moden; berikut antara gaya manis Dahlia Rizal yang DIVA rasakan sesuai untuk hijabis moden Malaysia ikuti dan jadikan inspirasi dalam gaya mereka.
Sekiranya kamu peminat abaya, kamu boleh gayakan tudung yang sedondon dengan warna baju.
- Foto – @dshazall (IG)
Gemar memakai dress, boleh juga cuba padankan dress sedia ada dengan pleated skirt atau jeans.
- Foto – @dshazall (IG)
Siapa yang lebih memilih memakai oversized cardigan atau long cardigan, cuba padukan dengan wide pants okay?
- Foto – @dshazall (IG)
Jika lebih selesa mengenakan jeans, kamu boleh gayakannya dengan kemeja yang menutup pinggul atau oversized cardigan.
- Foto – @dshazall (IG)
Nak nampak lebih ceria dan naik seri, gayakan blaus bercorak yang boleh dipadankan dengan skirt atau seluar.
- Foto – @dshazall (IG)
Ada hari rasa malas nak bergaya, boleh juga kalau kamu nak pakai wide jeans dengan t-shirt atau sweatshirt.
- Foto – @dshazall (IG)
Bagi look yang lebih manis; sesuai untuk gathering bersama rakan atau ber-dating, DIVA syorkan kamu pakai satin skirt!
- Foto – @dshazall (IG)
Senang kan? Jangan pula kamu fikir hijabis moden tak boleh berfesyen sopan dan nampak stylish dalam satu masa ye!