Dalam usaha melindungi wajah daripada masalah kulit, sudah tiba masanya untuk kamu beralih arah ke produk bersumberkan alam semula jadi.
Diyakini lebih berkesan dan beri manfaat terbaik pada kulit, DIVA cadangkan untuk kamu cuba gunakan rangkaian mugwort daripada I’M FROM.
Mugwort adalah bahan semula jadi yang memiliki sifat anti-bakteria, menenagkan dan melegakan sambil merawat kulit termasuklah jenis sensitif. Herba ini juga mengandungi Vitamin E yang melindungi dan menguatkan skin barrier sambil mengurangkan garis halus dan kedutan.
Rangkaian I’M FROM Mugwort ini terdiri daripada lima produk berkuasa. Setiap satu produknya sesuai untuk semua jenis kulit yang mencari rutin penjagaan wajah yang lebih berkesan serta menenangkan.
I’M FROM Mugwort Mask 110ml [RM113]
- Foto – I’M FROM
Formula gel yang sangat pekat diekstrak melalui proses 24-Hour Slow Release Extraction™ yangmembantu menyahtoksik kulit. Sambil itu mask ini dapat perbaiki tona kulit secara menyeluruh dan menenangkan jerawat.
I’M FROM Mugwort Essence 160ml [RM123]
- Foto – I’M FROM
Dirumus dengan 100% ekstrak mugwort, essence ini memberikan rangsangan penghidratan sambil merawat dan menenangkan kulit.
I’M FROM Mugwort Sheet Mask 1keping [RM18]
- Foto – I’M FROM
Mengandungi 91.45% daripada ekstrak mugwort, sheet mask ini bersifat menenangkan dan menyegarkan terus ke dalam kulit sambil ia menambah dan mengimbangi semula tahap kelembapan.
I’M FROM Mugwort Cream 50ml [RM113]
- Foto – I’M FROM
Diformulasikan dengan 73.55% ekstrak mugwort, krim pelembap ringan ini memberikan kelegaan dan penghidratan untuk kulit yang sensitif dan berjerawat.
I’M FROM Mugwort Spot Gel 15g [RM83]
- Foto – I’M FROM
Spot gel ini melegakan kawasan bermasalah dengan mengawal pengeluaran sebum sebagai langkah terakhir penjagaan kulit. Mempunyai tekstur yang tidak melekit, spot gel ini menyerap dengan cepat untuk kemasan yang selesa.
I’M FROM Mugwort kini boleh didapati di [Shopee], [Lazada], [Zalora] dan [Watsons].