Jika anda merupakan peminat filem trilogi Lord of the Rings ataupun inginkan percutian yang unik, mungkin anda boleh lawati kotej unik di Haytor, Devon di England ini. Kotej comel yang diberi nama The Secret Holt dikelilingi dengan pemandangan indah anak sungai serta flora lain di Scots Pines, sesuai bagi mereka yang inginkan percutian untuk menghilangkan tekanan. Harga untuk bermalam di sini bergantung kepada tarikh dan ianya bermula dari RM3,000 untuk 3 malam pada hujung minggu dan boleh mencecah sehingga RM7,000 untuk bermalam di sini selama seminggu.
Jom lihat gambar di dalam The Secret Holt yang membuatkan kami terpegun kerana amat cantik dan menarik!