Biasalah bila tiba sahaja bulan Ramadan, mulalah iklan raya dimainkan di merata tempat tak kiralah radio, papan iklan atau pun televisyen.
Yang paling DIVA perasan sekali dan kerap dengar adalah iklan mengenai kuih raya. Tapi selain kuih raya, pakaian raya pun jadi pisang goreng panas juga tau.
Sebut sahaja nak pattern apa, gaya atau bentuk apa sekalipun, pasti ada dijual di pasaran. Bagi DIVA nak cari pakaian raya sebenarnya mudah sahaja, lebih-lebih lagi bila ada ZALORA.
Menerusi kempen #ZALORAYA2022, lebih banyak pakaian raya dijual dan semuanya menepati citarasa wanita zaman kini. Disertai lebih daripada tujuh pereka fesyen terkenal, memang rugilah kalau tak grab sepasang untuk raya kali ini.
Lebih 7 Pereka ‘Bertempur’ Dalam #ZALORAYA2022
Selepas dua tahun tak menyambut Hari Raya Aidilfitri, kempen #ZALORAYA2022 diadakan buat kali ke-8 bagi menghidupkan semula semangat nostalgia dan sentimentaliti dalam diri setiap pelanggannya.
Bagi merealisasikan kempen tersebut, kempen #ZALORAYA2022 telah disertai oleh barisan pereka terhebat di Malaysia. Antaranya adalah NH oleh Nurita Harith, Maslea, TAS oleh Tom Abang Saufi, PBR oleh Raeesa, Yadotsa, Naelofar, Ana&Aora, Zalia dan Lubna.
“Tahun ini kempen #ZALORAYA2022 adalah istimewa kerana kami raikan pereka berbakat dengan tampilan koleksi mereka yang pelbagai seperti baju kurung, kebaya, baju melayu, kaftan, batik dan banyak lagi”, kongsi Shasha Ahmad, Ketua Modest Wear ZALORA.
Nak tengok tak apakah pakaian raya yang direka oleh pereka terhebat ini di #ZALORAYA2022? Scroll dan lihat pilihan baju raya yang jadi kegemaran DIVA di bawah;
Zalia
Lubna
Maslea
Yadotsa
PBR Oleh Raeesa
nh Oleh Nurita Harith
TAS Oleh Tom Abang Saufi
Bila tengok keseluruhan baju raya daripada pereka-pereka ini, memang rasa nak beli semua. Kalau ada yang sependapat dengan DIVA, marilah kita sama-sama beli di ZALORA [TEKAN SINI]. Happy shopping!