Ada yang sudah tonton siri ‘Inventing Anna’ di Netflix ke?
Bagi yang tidak tahu, siri ini diadaptasi oleh kisah benar iaitu sosialit palsu Jerman yang membuat penipuan yang mengejutkan. Semuanya dilakukan semata-mata kerana wang ratusan ribu dolar.
Nak tahu lebih lanjut tentangnya? Baca perkongsian di bawah;
Siapa Sebenarnya ‘Anna Devley’?
Untuk pengetahuan kamu, Anna Devley ini hanyalah nama samaran sahaja. Nama tersebut digunakan oleh wanita Jerman, Anna Sorokin yang berpindah ke New York pada tahun 2013.
Dengan nama tersebut, Anna Sorokin telah berpura-pura menjadi pewaris Jerman yang kaya untuk bergaul dengan sosialit New York. Dia menggunakan nama tersebut hingga ke tahun 2017 apabila Pejabat Peguam Daerah Manhattan mula menyiasat untuk kes penipuan bank.
Fakta:
- Anna Sorokin berasal dari keluarga yang sederhana.
- Bapanya bekerja sebagai pemandu lori dan ibunya pemilik kedai serbaneka sebelum menjadi suri rumah.
- Dilahirkan di bandar Domodedo pada Januari 1991 dan berpindah ke Jerman pada usia 16 tahun.
- Melanjutkan pelajaran di Central Saint Martins pada tahun 2011 tetapi berhenti dan kembali ke Jerman.
- Berpindah ke Paris untuk intership dengan Majalah Purple.
- Sejak berada di Paris, Anna Sorokin menggunakan nama Anna Devley .
Penipuan Yang Dilakukan Oleh Anna
Bagi yang tertanya-tanya apakah penipuan yang dilakukan oleh wanita ini, DIVA kongsikan beberapa;
- Selepas berpindah ke New York, Anna telah mengemukakan idea ‘Yayasan Anna Devley’ kepada pelabur kaya.
- Idea ini merangkumi kelab ahli persendirian dan asas seni yang melibatkan pajakan Church Mission House iaitu bangunan bersejarah di Manhattan.
- Berkawan dengan sosialit kaya dan meminta mereka membayar hotel, penerbangan dan makanan mewahnya. Dia menggunakan alasan untuk terlupa membayar mereka selepas itu.
- Mencipta penyata bank palsu untuk menunjukkan dia mempunyai akses kepada €60 juta (hampir RM300 juta) dalam akaun bank Switzerland.
- Anna mendaftar masuk ke hotel tanpa kad kredit berfungsi dan telah mengumpul bil hutang berpuluh ribu dolar.
- Selepas membayar sebanyak RM130 ribu kepada 11 hotel Howard di SoHo menggunakan cek penipuan, dia diusir dan dipindahkan ke Hotel Beekman.
- Dia juga diusir daripada Hotel Beekman selepas gagal bayar bil sebanyak RM50 ribu.
- Dan sekali lagi diusir daripada Hotel New York Union Square selepas dua hari.
- Hotel-hotel tersebut mengenakan dakwaan kerana mencuri perkhidmatan.
Di Mana & Apa Yang Berlaku Pada Anna Sekarang?
Setelah menipu ratusan ribu dolar terhadap bank, hotel dan sosialit kaya, Anna telah didakwa atas beberapa pertuduhan rompakan besar dan salah laku mencuri perkhidmatan.
- 3 Oktober 2017, Anna ditangkap di pusat rawatan ketagihan di California.
- Dia telah menghadiri Mahkamah Jenayah New York City pada Disember 2018 dan perbicaraan ditetapkan pada 20 Mac 2019.
- Anna didapati bersalah atas 8 pertuduhan termasuk rompakan besar dalam darjah dua, percubaan romapan besar dan curi perkhidmatan.
- Dia dijatuhi hukuman penjara 4-12 tahun di Pulau Rikers, didenda kira-kira RM100 ribu dan diarah bayar ganti rugi hampir RM900 ribu.
- Anna dibebaskan pada 11 Februari 2021 tetapi ditahan semula sebulan kemudian kerana tinggal lebih masa daripada tarikh visanya.
- Sehingga Februari 2022, Anna ditahan dalam tahanan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) sebelum diusir ke Jerman.
Bagi yang tertanya-tanya sama ada Anna Devley ini wujud atau tidak, jawapannya tidak kerana ia adalah nama samaran sahaja okay.