Rasanya dah lama tak dengar tentang Fyza Kadir kan?
Sekali pandang sosialit tinggi lampai bak artis Bollywood ini, memang tak hairanlah kenapa ada yang gelarkannya sebagai Barbie Doll Malaysia.
Selain memiliki wajah yang cantik tanpa sebarang cela, Fyza mempunyai bentuk badan sempurna yang dikatakan mirip seperti anak patung itu.
Kenali Wanita Sebalik Nama Fyza Kadir
Sebut sahaja nama Fyza Kadir, pasti ada yang mengenali sosialit yang gemar berfesyen ini. Lihat sahajalah gayanya, memang tak terkejut jika dia menjadi tumpuan jenama besar antarabangsa.
Sebelum bercerita lebih lanjut, DIVA MY kongsikan secara ringkas latar belakang Fyza Kadir;
- Nama sebenarnya adalah Nurhafezzah A. Kadir dan dilahirkan di Johor pada 30 Julai 1984.
- Graduan jurusan Fesyen dan Rekaan Tekstil di kolej Malaysia Institute of Art dan pernah bekerja sebagai junior fashion designer di Ampang.
- Menceburi bidang perfileman pada usia 26 tahun dan filem pertamanya adalah Seram Sejuk (2012), arahan Azhari Mohd Zain.
- Pernah berkahwin dengan ahli perniagaan syarikat minyak dan gas, Ahmed Feruz Zainul Abidin.
- Dikategorikan sebagai Wanita Paling Bergaya oleh Harper’s Bazaar 2018 dan Paling Bergaya 2021 oleh Tatler Asia.
Fyza Kadir ‘Definisi’ Sebenar Fesyen
Dikenali kerana seleranya yang tinggi ketika berfesyen, Fyza acap kali dilihat di barisan hadapan pertujukan fesyen. Selain itu, dia juga kerap kali membintangi beberapa kempen fesyen dan kecantikan jenama besar.
Antaranya adalah Dior, Gucci, Fendi, Valentino dan banyak lagi. Lihat di bawah;
Valentino
Louis Vuitton
Dior
Fendi
Bvlgari
Karl Lagerfeld
DIVA MY memang suka lihat fesyen-fesyen Fyza Kadir. Memang cantik dan beri inspirasi!