Mungkin ada di antara kita yang melupakan rutin pengelupasan. Ada yang takut kerana ia merosakkan kulit malah menipiskan skin barrier walhal sebaliknya.
Untuk makluman semua, pengelupasan adalah kunci kepada kulit berseri dan sihat. Ia menghilangkan sel-sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit. Jerawat muncul apabila pori anda tersumbat dengan lebihan sebum, kotoran dan sel-sel mati. Jadi pengelupasan yang betul akan membantu membersihkan liang tersumbat, dengan itu ia mengurangkan jerawat anda.
Perkenalkan philosophy microdelivery resurfacing solution
Penyelesaian pengelupasan cecair terbukti secara klinikal untuk meningkatkan penghidratan kulit dengan serta-merta sebanyak 38%, memberi anda kulit selembut bayi selepas hanya 1 hari.
- Foto – philosophy
Dengan formula yang cukup lembut untuk kegunaan harian, ia membantu mengurangkan penampilan pori-pori yang kelihatan, tona kulit tidak sekata dan hiperpigmentasi.
Pengelupasan dengan ramuan yang hebat
Pengelupasan ini padat dengan ramuan hebat, menampilkan campuran 4% AHA, cica (centella asiatica) yang menenangkan, vitamin C, peptida melicinkan, niacinamide yang mencerahkan dan asid hyaluronik untuk penghidratan.
Gabungan ini mengelupas, menenangkan, mencerahkan dan melembapkan, sekaligus membantu mendapatkan kulit yang tenang dan terhidrat dari penggunaan pertama.
- Foto – philosophy
philosophy microdelivery resurfacing solution (RM174) tersedia di Lazada, Zalora dan Sephora mulai Februari 2022 dan seterusnya.