Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kamu tahu sama ada pasangan kamu seorang yang setia atau tidak. Salah satunya adalah melihat zodiak mereka.
Dalam entri kali ini, penulis akan senaraikan zodiak bermula daripada pasangan yang paling setia sehinggalah tidak setia. Jom semak di bawah;
SCORPIO (24/10– 21/11)
Walaupun Scorpio bukanlah yang terbaik dalam perhubungan tetapi apabila bercakap tentang kesetiaan, memang tak ada keraguan tentangnya.
Kalau kamu nak tahu, Scorpio akan sentiasa berusaha untuk melindungi dan setia pada pasangannya kerana dia mengharapkan perkara yang sama pada dirinya.
CANCER (22/6-22/7)
Nak pasangan yang sentiasa konsisten dalam hubungan? Pilihlah mereka yang mempunyai zodiak Cancer.
Sebaik sahaja Cancer menemui peneman hidup yang sesuai dan serasi dengannya, dia akan habiskan seluruh hidupnya dengan komited bersama individu tersebut.
LEO (23/7-22/8)
Selain setia dengan pasangan, Leo merupakan seorang yang penyayang dan sangat melindungi.
Jangan terkejut kalau Leo terlampau berhati-hati kerana dia tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku pada orang dia sayang.
TAURUS (20/4-20/5)
Taurus merupakan zodiak yang sangat setia walaupun terkenal sebagai seorang yang keras kepala dan degil dalam hubungan. Ini kerana bila Taurus mula sayangkan pasangannya, dia akan sayang selama-lamanya.
LIBRA (23/9-23/10)
Obses dan setia itulah sikap seorang Libra. Walaupun asyik insecure dalam hubungan, tetapi bila Libra yakin dengan pilihan hatinya tiada siapa yang boleh ubahnya.
Malah Libra juga merupakan individu yang sangat mementingkan kebahagian dalam hubungan dan calon ayah yang terbaik.
GEMINI (21/5-21/6)
Gemini merupakan individu yang mudah untuk jatuh cinta. Lagi-lagi pada mereka yang beri inspirasi padanya atau selalu berada dengannya tanpa mengira waktu, memang dia akan setia sampai bila-bila.
ARIES (21/3-19/4)
Walaupun setia, Aries tetap mempunyai sikap yang suka berbohong pada pasangannya. Apabila berlaku sesuatu dalam hubungan, Aries akan lebih mudah ikut apa kata hati dan logik tanpa memikirkan pasangannya.
VIRGO (23/8-22/9)
Sangat susah untuk setia tetapi bila mereka sukakan seseorang, Virgo akan cuba untuk kekal setia.
CAPRICORN (22/12-19/1)
Jika pasangan kamu seorang Capricorn, mereka adalah individu yang tidak setia. Ini kerana mereka sentiasa mahu mengawal keadaan dan sangat ego.
PISCES (19/2-20/3)
Pisces merupakan individu yang suka berada dalam perhubungan tetapi tak mahu berkomitmen.
Jangan terkejut pula kalau dia tiba-tiba tinggalkan kamu kerana dia akan rasa tiada kebaikan untuknya dalam hubungan tersebut.
AQUARIUS (20/1-18/2)
Zodiak yang sangat bercita-cita tinggi! Aquarius sanggup untuk berkorban apa sahaja demi kepentingannya walaupun terpaksa meninggalkan pasangannya.
SAGITARIUS (22/11-21/12)
Sagitarius sangat susah untuk berkomitmen dan kekal dalam sebuah perhubungan. Bila terlalu lama dalam sesebuah perhubungan, Sagitarius akan mula bosan dan tidak menghiraukan pasangan demi keseronokannya.
Cepat-cepat semak zodiak pasangan kamu kalau nak tahu sama ada si dia seorang yang setia atau tidak.