Memang kalau ber-dating, duit akan habis dengan cepat. Kamu nak tahu tak bagaimana nak berjimat walaupun tengah dating?
Jawapannya adalah pergi ke tempat dating yang murah dah tak perlu bayar apa-apa. Wanista senaraikan 8 tempat percuma di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Percuma saja, memang jimat duit kamu!
Bas GoKL
Pernah tak kamu pusing satu Kuala Lumpur? Kalau tak pernah, cuba kamu dengan si dia naik bas GoKL ini. Memang best sangat sebab boleh ronda seluruh Kuala Lumpur. Memang percuma dan jimat!
Taman KLCC
Bukan sahaja boleh beriadah di sini, kalau kamu nak berkelah dengan pasangan pun boleh. Cuba ambil port berkelah yang berlatar belakangkan menara KLCC, memang cantik!
Selain itu waktu yang paling menarik untuk melepak di taman ini adalah pada waktu malam dan waktu ketika pertunjukan air diadakan (waktu tengahari & senja).
KL City Library
Kamu dan si dia ulat buku? Untuk date kali ini, apa kata kamu kunjungi KL City Library yang berdekatan dengan Dataran Merdeka. Yang best dalam perpustakaan ini, ada bahagian muzik sekiranya kamu mahu berehat sebentar sambil melayan lagu.
Taman Tasik Titiwangsa
Terkenal di Kuala Lumpur, taman ini mempunyai beberapa buah tasik yang luas di tengah-tengah taman. Pada masa yang sama, taman ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan awam seperti laluan jogging, paddle boat dan lokasi berkelah.
Kalau datang ke sini, kamu boleh berkelah dan membawa makanan sendiri atau beli di gerai di sekitarnya sambil lihat pemandangan matahari terbenam.
Air Terjun Serendah
Sekiranya kamu dan si dia sukakan alam semula jadi, apa kata cuba datang ke air terjun Serendah. Walaupun air terjunnya bersaiz kecil, lokasi ini lengkap dengan kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik mandi, dan pondok untuk berkelah.
Taman Rusa & Kancil
Terletak di Taman Tasik Perdana, taman ini mempunyai rusa yang didatangkan dari Belanda dan juga kancil. Selain boleh bergambar dan lihat secara dekat, kamu juga boleh beri haiwan-haiwan ini makanan.
KLCC Lake Symphony
Kalau waktu malam, memang best kalau pergi ke KLCC Lake Symphony. Ada pertunjukan air pancut dari pukul 7 malam sehingga 10 malam. Bukan itu sahaja, kamu juga boleh bergambar dengan latar belakang menara KLCC.
Muzium Bank Negara
Sambil luangkan masa dengan pasangan, kamu juga boleh mempelajari sedikit sebanyak mengenai ekonomi Malaysia serta sejarahnya. Jangan lupa juga untuk ambil gambar di beberapa tumpuan popular dalam muzium ini juga ye.
Kalau pening tak tahu nak pergi mana, kamu boleh cuba beberapa tempat di atas untuk dating dengan si dia. Memang boleh menjimatkan duit kamu.