Ada hari memang rasa teringin sangat nak makan daging seperti stik, tomahawk, short ribs dan sebagainya. Tapi bila fikirkan setiap satu harganya, memang mahal!
Selepas ini, penggemar daging tidak perlu risau lagi kerana Wanista nak kongsikan satu rahsia di mana mereka boleh rasai daging premium dengan harga yang berpatutan.
Pernah dengar tentang Just Sear? Kalau tidak pernah, jom baca perkongsian di bawah.
Mahu Orang Ramai Dapat Mencuba Daging Premium
Lain daripada yang lain, Just Sear merupakan satu syarikat bumiputera yang menjual makanan pra masak iaitu daging premium pada harga yang murah.
Antara daging premium yang boleh didapati di Just Sear adalah stik, tomahawk, short ribs, brisktes dan banyak lagi.
Paling best sekali, daging daripada Just Sear sangat mudah dan cepat disediakan tanpa bantuan daripada chef seperti nyahbekukan dan panggang daging tersebut selama
2 minit.
Kenapa Harga Boleh Menjadi Murah?
Harga bagi setiap daging premium di Just Sear sangat berpatutan dan murah disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Just Sear membeli daripada pengimport dan menjual terus kepada pelanggan secara dalam talian.
- Tidak menggunakan sebarang ejen atau penjual semula (reseller).
- Just Sear bekerjasama dengan pengimport dan pemilik ladang di Australia untuk beli daging secara pukal.
- Sediakan daging dalam cara yang mudah supaya pelanggan boleh dapat stik berkualiti seperti di restoran.
Menu: [KLIK DI SINI]
Wellington, Menu Baru Just Sear
Pada awal tahun ini, Just Sear telah melancarkan produk terbarunya seperti Wellington. Saheran iaitu salah satu pengusaha Just Sear mendedahkan dia mendapat inspirasi daripada Gordon Ramsay.
“Saya adalah peminat setia rancangan Hell’s Kitchen oleh Gordon Ramsay, dan Wellington daging adalah menu terunggul yang dihidang di dalam rancangan tersebut.
Saya memang kagum melihat reaksi mereka yang mencubanya dan saya pasti ini adalah satu hidangan yang luar biasa.”
Hidangan Wellington merupakan daging empuk dan juicy yang disapu dengan mustard. Kemudian disaluti dengan duxelle (cendawan kisar), dibalut dengan hirisan daging dan pastri.
Selain daripada Wellington, kamu juga boleh mencuba beberapa produk makanan tradisional Malaysia berasaskan daging premium Just Sear seperti:
- Rendang Wagyu
- Popiah Wagyu
- Sate Wagyu
- Samosa Wagyu
Untuk dapatkan produk-produk daging premium dari Just Sear, kamu boleh layari laman web rasmi atau Instagram.