Cantiknya dia! Berfizikal tinggi lampai, kurus persis model, berwajah tirus, susuk tubuh juga ideal, serba-serbi sempurna. Tapi dia bukanlah wanita asli, tapi transgender kelahiran Vietnam yang tular kerana mahu berentap dalam Miss Universe Vietnam 2021.
Miss Universe Vietnam Terima Permohonan Golongan Trasngender
Individu yang dikenali sebagai Tran Khoi Minh (Mym Tran) tular ketika dirinya mendaftar untuk pertandingan Miss Universe Vietnam 2021.
- Foto – FB Miss Universe Vietnam
Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali pertama penganjur menerima permohonan daripada golongan transgender. Oleh itu, Miss Universe Vietnam 2021 telah secara rasmi mengumumkan para peserta, termasuk Tran Khoi Minh (Mym Tran), dari Hanoi.
Gadis comel itu mengejutkan penonton kerana dirinya yang transgender, tetapi mempunyai kecantikan seperti artis. Mym Tran dilahirkan pada tahun 1997, mempunyai ukuran badan 90 – 67 – 92 dan tinggi 175cm.
- Foto – IG @hiitsmyxm
Sebelum mendaftar untuk Miss Universe Vietnam 2021, Mym Tran terkenal sebagai influencer dan model.
Ubah Diri Buat Pembedahan Plastik
Sebelum menjadi transgender, Mym Tran pernah memiliki berat hingga 80kg, dengan kulit coklat dan rambut pendek, tetapi kerana ingin menjadi wanita, dia nekad kehilangan berat badan sehingga 55kg dan menjalani pembedahan plastik.
- Foto – IG @hiitsmyxm
Si cantik manis ini mengatakan bahawa dia harus bersembunyi dari keluarganya untuk menjalani pembedahan mengubah diri.
- Foto – IG @hiitsmyxm
Memang cantik orangnya, agaknya macam mana dia ketika jadi lelaki suatu masa dulu? Boleh tengok foto-foto dia yang hot di Instagram @hiitsmyxm.