Ramai pencinta kecantikan di TikTok mula menjadi ‘gila’ gara-gara sebuah jenama bedak. Bukan sahaja harganya murah tetapi hasil selepas memakainya sangat menakjubkan!
NYX Can’t Stop Won’t Stop Mattifying Powder dikatakan mampu menutup kecelaan dan paling penting pori-pori yang terbuka di wajah. Dalam sekali sapuan saja, makeup look kamu akan nampak seperti menggunakan khidmat mekap profesional.
“Sapu-Sapu Dah Siap!”
Video pendek yang dikongsi oleh influencer @alishasapproach, wanita ini telah menggunakan bedak NYX di bahagian bawah matanya. Selepas sekali sapuan, kulit di bawah matanya kelihatan lebih smooth dan cantik.
@alishasapproach Reply to @tysiiek #greenscreen there you go bby #makeuphacks #makeuptips
Melihatkan perkongsian video tentang penggunaan bedak tersebut, rata-rata pengguna TikTok mahu mendapatkan produk yang sama sepertinya.
“Ini jenama kegemaran saya! Wajib beli.”
“Saya suka ini, liang pori saya sudah tak nampak. Hebat!”
“Sejujurnya saya rasa NYX lebih baik daripada jenama lain, nampak lebih matte.”
Bedak NYX Dibandingkan Dengan Jenama Mahal
Manakala salah seorang pengguna TikTok yang lain iaitu @rocio.roses pula membuat perbandingan di antara NYX Can’t Stop Won’t Stop Mattifying Powder dengan Charlotte Tilbury’s Airbrush Flawless Finish.
Menerusi video tersebut, wanita ini telah memakai bedak NYX di sebelah wajahnya manakala jenama Charlotte Tillbury di sisi yang lain. Hasilnya bedak NYX mempunyai finishing yang sama seperti jenama mewah itu.
@rocio.roses 🚨Dupe alert🚨 new viral powder😍 VC: @alisha | skincare + beauty 🤍 #beautyfyp #viralmakeup #nyxcosmetics #beautytip #makeuptiktoks #dupealert #dupe
Malah yang lebih mengujakan, NYX Cant’t Stop Won’t Stop Mattifying Powder ini menutup pori dan kecelaan pada wajah dengan lebih baik.
Jadi tunggu apa lagi, dengan harga yang berpatutan dan hasil yang menakjubkan kenapa perlu berbelanja dengan lebih untuk hasil yang sama? Happy shopping!