Ppopgi atau gula-gula dalgona sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Korea Selatan. Dan baru-baru ini ppopgi menjadi trending di seluruh dunia apabila muncul dalam rancangan Netflix iaitu “Squid Game“.
Nak buat ppopgi tak semestinya kamu perlu pergi ke Korea Selatan ye, boleh saja buat dekat rumah. Lagi pun bahan-bahannya memang senang didapati dan sudah memang ada di dapur.
Jom ikut resepi di bawah;
Bahan-bahan
- Gula pasir – 2 sudu makan
- Baking soda – 1/8 sudu makan
- Acuan bentuk
- Senduk
- Baking paper
- Chopstick / garfu
Cara-caranya:
#1 Cairkan gula pasir dalam senduk di atas api yang kecil. Kacau gula guna chopstick atau garfu sehingga warna jadi perang muda.
#2 Bila gula sudah jadi cecair perang muda, alihkan dari api. Taburkan baking soda di atasnya.
#3 Kemudian letak semula di atas api dan cepat-cepat kacau. Pastikan campuran itu berubah jadi creamy dan kembang seperti kopi dalgona.
#4 Bila sudah berubah, tuang di atas baking paper pula. Pastikan tuang sehingga menjadi bentuk bulat.
#5 Seterusnya ambil acuan bentuk kegemaran kamu dan tekan pada ppopgi agak-agak 3/4 kedalamannya.
(P/s: Kamu juga boleh letak batang ais krim pada penghujung ppopgi.)
#6 Selepas cetak bentuk di atas ppopgi, biarkan keras sebentar dan siap untuk dimakan!
Memang mudah saja sebenarnya nak buat ppopgi ini. Jika kamu nak beli acuan lengkap ppopgi, beli [DI SINI] okay!