Lauk pantang itulah yang bagus kamu amalkan, banyak khasiat pada setiap bahan dan pembuatannya!
Ikan singgang bila dimakan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan, atau orang pantai timur makan dengan budu memang tangkap leleh, confim akan bertambah-tambah.
Jangan tak tahu, ikan singgang berkhasiat sebagai makanan berfungsi untuk penjagaan kesihatan.
Ikan singgang ialah sejenis lauk tradisional yang dibuat dengan kaedah merebus ikan ke dalam sup herba dan rempah terpilih.
Lauk Singgang Sangat Baik Untuk Kesihatan
Lauk singgang adalah ekstrak herba yang sangat baik untuk kesihatan. Bahan yang digunakan untuk memasak singgang ialah serai, lengkuas, asam gelugur, bawang putih dan cili segar, serta pilihan ikan yang segar (paling sedap ikan tenggiri), semuanya direbus selama 15 hingga 30 minit.
- Foto – Masakan Malaysia Pedas
Kaedah itu secara teknikalnya dipanggil pengekstrakan herba menggunakan air sebagai pelarut. Air rebusan herba atau ekstrak herba itu dimasak sehingga isipadunya berkurangan antara setengah hingga suku dari isipadu asal.
Pada tahap ini, pelbagai fitokimia polar daripada herba yang digunakan telah berada di dalam larutan, fitokimia itu meningkatkan sumber nutrisi pada singgang.
Khasiat Terkumpul Bahan Utama Singgang
- Bawang Putih
Bawang putih mengandungi sebatian sulfur, yang dipercayai membawa beberapa manfaat kesihatan. Bawang putih mengandungi antioksidan yang melindungi dari kerosakan sel dan penuaan.
- Lengkuas
Akar lengkuas kaya dengan antioksidan dan dapat meningkatkan kesuburan lelaki dan mengurangkan keradangan dan kesakitan. Ia bahkan dapat melindungi daripada jangkitan dan jenis barah tertentu.
- Serai
Serai mengandungi zat-zat yang dapat menghilangkan rasa sakit dan bengkak, mengurangkan demam, meningkatkan kadar gula dan kolesterol dalam darah, merangsang rahim dan aliran haid, dan memiliki sifat antioksidan.
- Ikan
Ikan merupakan sumber protein. Ia diperkaya dengan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan kandungan mineral secara semulajadi.
Kesimpulannya, ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.
Sumber – Kajian Prof Madya Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid, University Teknologi Malaysia