Satu lagi produk penjagaan kulit viral di TikTok, dan mendapat perhatian netizen. Kali ini, scrub badan First Aid Beauty Bump Eraser katanya berkesan dalam menghilangkan jerawat badan dan mempunyai manfaat kecantikan lain.
Obsesi terbaru TikTok adalah First Aid Beauty Bump Eraser. Banyak video menunjukkan orang mencuba scrub ini di kaki dan lengan mereka untuk menunjukkan bahawa ia benar-benar menghapuskan daki, sehingga membuatkan badan lembut, gebu dan glow.
@candesvanity_ @firstaidbeauty gifted me with their KP Bump Eraser Body Scrub. I love it!💜 #firstaidbeautygiftedme #firstaidbeauty #octolyfamily #foryoupage #fypシ
Apa Yang Dilakukannya
Scrub badan ini bertindak pantas dalam memberikan kebaikan rawatan pengelupasan kimia dan micro-dermabrasion dalam satu masa.
- Foto – TikTok
Gabungan 10% glycolic dan lactic acids membantu melonggarkan lapisan atas kulit dan liang pori dengan manik batu apung yang menghilangkannya.
Berkesan Untuk Jerawat Badan
TikTok menyatakan bulur badan bertindak baik untuk merawat jerawat badan, lebam, hiperpigmentasi, dan strawberry leg (keadaan kaki berbintik).
Scrub ini mempunyai pengelupasan kimia dan fizikal, yang menjadikannya bagus untuk mereka yang mungkin terdedah kepada jerawat.
- Foto – First Aid Beauty
Ia mempunyai manik-manik batu apung untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit dan 10% alpha hydroxy acid (AHA), yang pada dasarnya merupakan pengelupasan kimia.
Mudah Untuk Cukur, Tiada Lagi Strawberry Leg
Rata-rata yang menggunakan scrub ini berpuas hati, lagi-lagi bila dipakai sebelum bercukur. Kesan batu apung melonggarkan folikel di kulit menjadikan proses cukur lebih mudah dan selesa.
Scrub ini terasa berkhasiat dan melembapkan, menjadikan kulit terasa lebih lembut selepas bercukur. Dan masalah strawberry leg juga mula hilang.
- Foto – First Aid Beauty
Kesimpulannya, lika anda mencari produk untuk mengurangkan jerawat badan atau menyuburkan kulit anda sebelum bercukur, anda pasti akan menyukai produk TikTok ini.
Penampilan kulit kering bertambah baik, kulit lembut dan kekal lembap, keseluruhan warna kulit juga diperbaiki.
Boleh beli di sini.