Bukan semua pasangan selebriti yang telah berkeluarga suka dedahkan anak-anak mereka di media sosial, terutamanya jika anak tersebut baru saja lahir ke dunia ini.
Tapi apakan daya sebagai selebriti dan ibu bapa, pastinya mereka juga mempunyai hasrat untuk berkongsi berita gembira kelahiran ahli baru di media sosial seperti di Instagram bersama peminat, rakan-rakan dan ahli keluarga masing-masing.
Berikut adalah cara unik pasangan selebriti gunakan, bagi melindungi privacy anak-anak mereka di Instagram.
#1 Cahaya Lensa Kamera
- Foto – Instagram @jenafrumes
Jason Derulo dan teman wanitanya Jena Frumes, baru saja mengumumkan kelahiran anak lelaki mereka Jason King Derulo.
Menariknya pasangan sejoli ini berkongsi gambar anak mereka dengan menggunakan cahaya lensa kamera bagi menutup wajah anak lelaki dari terlihat penuh di mata umum.
#2 Foto Kabur Dan Stroller Bayi
- Foto – Instagram @gigihadid
Gigi Hadid guna cara unik untuk tayang gamabr anak di Instagramnya dengan memuatnaik gambar kabur dan gambar stroller bayi bagi melindungi wajah anaknya.
#3 Badan Belakang
- Foto – Instagram @tyrabanks
Semasa di awal kelahiran anak lelakinya, super model dan selebriti Tyra Banks hanya berkongsi beberapa keping gambar belakang anak lelakinya di Instagram.
#4 Jari Tangan
- Foto – Instagram @blakelively dan @vancityreynolds
Pasangan suami isteri Blake Lively dan Ryan Reynolds jarang berkongsikan gambar anak-anak mereka di sosial media, cuma sekeping gambar jari bayi saja mereka dikongsikan di Instagram bagi berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak mereka kepada peminat dan rakan-rakan.
#5 Emoji
- Foto – Instagram @kristenanniebell
Pelakon terkenal Kristen Anne Bell pula lebih selesa berkongsi gambar keluarganya, dengan menutup wajah anak dengan menggunakan emoji sebelum dimuatnaik gambar tersebut ke akaun Instagramnya.
Memang menarik dan mencuit hati juga cara pasangan selebriti ini gunakan, bagi melindungi privacy anak-anak mereka yang masih kecil terutamanya yang baru lahir.
Terbaiklah, lepas ini bagi wanita yang tak mahu tunjuk muka anak yang masih kecil di Instagram boleh guna cara ini. Selamat beramal♥